Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mamat hadiahkan peminat lagu ‘Langkah Seiringan’

Jan 28, 2025 | 12:30 PM
Mamat Exists nampak lebih sihat dan kemas, ketika diundang sebagai tetamu ‘Gegar Vaganza 11’ (GV11), yang muncul sewaktu Ning Baizura menyanyikan lagu Mas Idayu, ‘Senggol Senggolan, Cubit Cubitan’.
Mamat Exists nampak lebih sihat dan kemas, ketika diundang sebagai tetamu ‘Gegar Vaganza 11’ (GV11), yang muncul sewaktu Ning Baizura menyanyikan lagu Mas Idayu, ‘Senggol Senggolan, Cubit Cubitan’. - Foto ASTRO

Mulanya, ramai tertanya-tanya juga siapakah jejaka berbaju kemeja berbunga-bunga merah yang duduk di bangku sambil menanti Ning Baizura menghampirinya?

Apabila kamera Astro ‘tangkap’ dekat wajahnya, rupanya beliau adalah alumni Gegar Vaganza (GV) (Musim Pertama), Mamat Exists, 47 tahun, atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin.

Dalam pertandingan yang diadakan pada 2014 dan dijuarai Ayai Illusi, disusuli dengan Haleeda di tempat kedua, Mamat mendapat tempat ketiga.

Awalnya, Mamat kelihatan canggung apabila diusik pengacara GV, Nabil Ahmad, dan Ketua Juri, Datuk Ramli MS.

Beliau yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen kerana berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Malaysia dan menjalani pemulihan, akui tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila diminta memegang mikrofon sepanjang Ning, 49 tahun, menyanyikan lagu dangdut Mas Idayu, Senggol Senggolan, Cubit Cubitan.

Bagaimanapun, Ramli memintanya menyanyikan apa jua lagu yang terlintas di fikirannya secara spontan, sebagai ‘belanja’ kepada penonton yang merindui suara emasnya.

Mamat pun menyanyikan lagu Langkah Seiringan, sambil mendapat tepuk sorak penonton di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sebilangannya mengikutnya menyanyi sama.

Beberapa netizen memuji pihak penerbitan Astro kerana memberi dorongan positif kepada Mamat dalam keadaannya diulit masalah penyalahgunaan dadah sejak sekian lama.

“Baguslah Astro beri ruang buat mereka yang berusaha kembali ke jalan benar dengan tampilkan Mamat. Maknanya, orang di luar yang ingin membantunya boleh mengundangnya bagi acara mereka. Suaranya masih ada. Jangan sia-siakan. Harap Mamat kembali sihat,” jelas netizen bernama Azam22.

Awal sebelum itu, rakan Mamat daripada Exists, komposer Ajai, yang menjalani umrah bersama rakan lain, memberitahu laman Utusan Malaysia:

“Kalau Mamat tidak menjalani proses pemulihan sekarang, memang kami akan ajak sekali. Tetapi, buat masa sekarang dia tidak boleh keluar ke mana-mana dalam tempoh dua tahun.

“Kami akan berdoa untuk segala-galanya. Selalu doakannya, tapi bila ada rezeki mengerjakan umrah, kami berdoa di sana pula. Mana tahu, Allah dapat makbulkan dan gugurkan apa sahaja dosa kita semua.”

Ajai meluahkan rasa lega melihat perkembangan positif Mamat yang dikatakan semakin sihat dan gembira menjalani proses pemulihan tersebut.

“Kami sudah lihat Mamat dalam media sosial dan dia nampak gembira. Ada juga saya tengok video Mamat buat aktiviti semasa proses pemulihan, mukanya nampak makin sihat,” tambahnya.

Pada 8 Julai 2024, Mahkamah Sesyen Johor Bahru telah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 ($1,230) dan dua tahun menjalani rawatan pemulihan di bawah pengawasan AADK Bentong terhadap Mamat, yang berdepan dengan dua pertuduhan mengambil dadah pada 2019.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg