Jenama MAMEE Food Service dari Malaysia bekerjasama dengan restoran makanan Taiwan halal Wong Fu Fu di Singapura untuk memperkenalkan menu hidangan berinspirasikan Korea.
Hidangan kulinari itu dibuat menggunakan sos dan perasa yang lazat daripada jenama DAEBAK dan MAMEE Chef.
Pelanggan akan berpeluang menikmati pelbagai perisa yang dicipta khas oleh Cef Eksekutif di MAMEE Food Service Malaysia, Cef Faizul.
Mendapat inspirasi daripada masakan Korea, Cef Faizul telah menyusun menu yang akan mempamerkan cita rasa Korea.
Antara hidangan sebagai pembuka selera termasuk Kongnamul Muchim iaitu taugeh perap sejuk yang digaul dengan sos Gochujang DAEBAK dan serbuk limau MAMEE Chef.
Pilihan lain yang menyegarkan ialah Oi Muchim, timun jeruk perap sejuk yang diperisa dengan sos Bulgogi DAEBAK dan serbuk limau MAMEE Chef.
Bagi mereka yang mengidamkan hidangan lebih enak, Salad Kentang menawarkan campuran kentang, diperisa dengan MAMEE Chef Mashed Potato dan sos Tteokbokki DAEBAK
Pencinta makanan laut pula boleh menikmati Hotpot Mini Oden Makanan Laut Pedas Korea, dengan makanan laut yang segar dan pelbagai jenis sayur-sayuran. Sajian ini akan mempunyai rasa pedas daripada DAEBAK Jjampong Seafood Ramyeon.
Sizzling Cheese Bokkuembap ialah satu lagi hidangan yang menampilkan nasi goreng kimchi yang digandingkan dengan ayam goreng rangup yang diperap menggunakan DAEBAK Battermix, dan dihidangkan bersama sos mawar cheesy mozzarella buatan sendiri daripada sos Bibimbap DAEBAK dan Perasa Sedap Giler MAMEE Chef.
Penggemar burger pula boleh menikmati pilihan XL Taiwan Burger.
Menu khas ini akan ditawarkan di restoran Wong Fu Fu di North Bridge Road selama tiga bulan bermula 17 Mei.
Alamat: 776 North Bridge Road, Singapura 198744.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg