Pada zaman kegemilangan saluran video muzik antarabangsa MTV Asia sekitar 1990-an, nama ‘video jockey’ atau VJ Jamie Aditya, memang tidak asing lagi.

Kehidupan anak seni Indonesia yang ketika itu bermastautin di Australia berubah sekelip mata apabila menerima lamaran MTV sebagai pengacara ‘hip’ dan ‘funky’ saluran buat generasi muda yang mendambakan muzik segar.