Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Marsha tidak selesa video rumah tular

Feb 13, 2024 | 5:30 AM
Marsha berkata beliau selesa tinggal bersama ibu mentuanya, justeru kesal akan video kediamannya yang tular.
Marsha berkata beliau selesa tinggal bersama ibu mentuanya, justeru kesal akan video kediamannya yang tular. - Foto INSTAGRAM MARSHA MILAN

Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan, 38 tahun, mengakui kurang selesa apabila video kediaman keluarganya menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen, baru-baru ini.

Menyifatkan kediaman sebagai sesuatu yang amat peribadi, Marsha berkata ia tidak seharusnya menjadi tontonan meskipun pihak yang merakamkannya tidak mempunyai apa-apa maksud.

“Sebenarnya, saya tak berapa senang. Kediaman adalah privasi. Saya tak mahu dianggap cuba menunjuk-nunjuk atau nak pamerkan sudut mewah.

“Takutlah nanti jadi apa-apa. Lagipun, itu adalah kediaman keluarga dan bukannya rumah saya sendiri. Saya sedar berita ini tular, tapi saya tak nak ambil tahu atau baca,” katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Marsha mengulas video selama satu minit itu memaparkan kemewahan kediaman yang dikatakan miliknya.

Berikutan insiden itu, pelakon filem Rahsia itu memberitahu beliau akan lebih berhati-hati jika ada pihak yang mahu membuat rakaman membabitkan persekitaran kediamannya.

“Suami pun berpesan, kalau boleh janganlah ada yang rakam video di kawasan atas. Kalau bahagian dapur bolehlah.

“Saya akui belajar sesuatu daripada kejadian ini, tidak semua benda kita boleh rakam.

“Saya tidak marah sebab rakan yang rakam, tetapi saya sudah minta padamkan hantaran berkenaan,” ujar Marsha.

Sementara itu, berkongsi pengalaman tinggal sebumbung dengan ibu mentua sejak mendirikan rumah tangga pada 2015, penyanyi lagu Cinta itu berkata beliau tidak menghadapi masalah, bahkan amat selesa tinggal di rumah yang sama.

“Pada awalnya, saya tak jangka akan menetap bersama keluarga mentua. Tapi, alhamdulillah saya akhirnya dapat membiasakan diri.

“Kalau duduk dengan suami sahaja, mungkin saya akan sunyi dan perasaan itu berbeza apabila duduk beramai-ramai.

“Kadang-kadang saya perlu seseorang untuk berada di rumah selepas saya bekerja di luar bandar. Saya juga tahu suami berada dalam keadaan baik sekiranya saya keluar bekerja.

“Lagipun sejak arwah bapa mentua pergi, ibu mentua tinggal seorang diri. Jadi, bagus juga kami saling menjaga satu sama lain,” kata Marsha lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg