Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Menang anugerah dengan tari Melayu, dua penari S'pura rebut tempat ke Sepanyol

Pelajar LASALLE, Jocelyn Tay dan Natasha Koo raih Anugerah Masdanza di Yokohama Jepun, akan wakili Asia di Festival Masdanza Sepanyol
Dec 15, 2022 | 05:30 AM



MENGATASI cabaran budaya, bahasa dan kecederaan pada saat terakhir, dua pelajar tahun akhir dari Sekolah Tarian dan Teater LASALLE, Cik Jocelyn Tay dan Cik Natasha Koo bukan sahaja berjaya membuat persembahan tarian Melayu di Jepun, malah memikat hati pengadil untuk menjadi wakil Asia di sebuah pesta dansa berprestij di Sepanyol.



Di bawah bimbingan pensyarah dan koreografer mereka, Encik Fairul Zahid, 34 tahun, kededua penari muda itu berjaya memenangi Anugerah Masdanza di Koleksi Tarian Yokohama 2022 baru-baru ini.



Bercakap kepada Berita Harian (BH), Encik Fairul berkata persembahan selama sembilan minit yang disajikan dua pelajarnya itu memberi penerangan tentang isu-isu ketua wanita dalam komuniti dan diberi tajuk Sopan.



"Tarian ini membangkitkan isu wanita yang menonjolkan kebolehan wanita Melayu menjadi pemimpin dalam sesebuah masyarakat," tambah pensyarah itu yang mengambil masa dua minggu untuk membuat kajian dan menghasilkan koreografi tarian tersebut.



Cik Tay berkata menjayakan tarian Melayu adalah satu cabaran baru bagi beliau dan Cik Koo. Antara lain, mereka membuat persembahan dengan kain sarung yang dibalut dari bahagian atas badan mereka yang mempamerkan tradisi Melayu.



"Kami mempunyai pelbagai latar belakang tarian seperti balet dan tarian Cina. Mengamalkan tarian Melayu sememangnya mencabar kerana pergerakan seperti tangan berbeza," kata beliau.



Semasa membuat persiapan persembahan, kededua pelajar itu, yang berusia 20 tahun, menghadapi pelbagai cabaran.



Cik Koo cedera kaki dan belakangnya menyebabkan beliau tidak boleh menari selama beberapa minggu.



Manakala Cik Tay pula mengalami kecederaan di bahu kanan.



Walaupun begitu, para penari tertumpu pada pemulihan dan menonton latihan video mereka dan hadir untuk latihan apabila sudah pulih.



Koleksi Tarian Yokohama, bukanlah pertandingan biasa.



Seramai 200 peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian tetapi hanya lapan pasukan terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut.



Mendapat peluang untuk persembahan di Koleksi Tarian Yokohama merupakan detik berprestij buat kami semua, kata Cik Koo.



"Kami dilantik sebagai finalis dan berlatih keras setiap hari untuk membetulkan pergerakan kami," ujar Cik Koo.



"Kami diingatkan oleh pensyarah kami, Encik Fairul yang sentiasa melakukan terbaik walaupun beliau sakit.



"Encik Fairul menghidap barah usus pada 2016 namun masih hadir untuk latihan tariannya dan membuat persembahan selepas kemoterapinya," tambahnya lagi



Pengalaman yang dikongsikan Encik Fairul dengan penarinya memberikan dorongan motivasi kepada mereka untuk memupuk disiplin dan meletakkan hati dan jiwa ke dalam tarian mereka.



Semangat ini membuahkan hasil ketika Koleksi Tarian Yokohama, di mana para juri kagum dengan koreografi mereka.



Tanpa diduga, mereka telah dianugerahkan hadiah berprestij Masdanza Award di mana mereka akan mewakili Asia buat kali pertama di Festival Masdanza Sepanyol pada Oktober tahun depan.



"Apabila nama kami diumumkan, kami tidak percaya. Ini sememangnya pencapaian terbesar dan kali pertama dalam sejarah negara, Asia Tenggara memenangi anugerah sebegitu," kata Cik Tay.



Buat masa ini Cik Tay dan Cik Koo sedang membuat persiapan bagi persembahan di Sepanyol, juga dengan bimbingan Encik Fairul.



"Kami akan membuat persembahan Sopan dan para penari masih boleh mengharapkan lebih banyak perubahan dan penambahbaikan pada koreografi," kata Encik Fairul.




"Apabila nama kami diumumkan, kami tidak percaya. Ini sememangnya pencapaian terbesar dan kali pertama dalam sejarah negara, Asia Tenggara memenangi anugerah sebegitu."



- Cik Jocelyn Tay, pelajar dari Sekolah Tarian dan Teater LASALLE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >