Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Meta akan bayar $1.9b tamatkan tuntutan data pengecaman muka di Texas

Aug 1, 2024 | 5:30 AM
biometrik
Teknologi biometrik lazimnya digunakan untuk membuat pengenalan identiti. - Foto ISTOCKPHOTO

Syarikat Meta Platforms telah bersetuju membayar AS$1.4 bilion ($1.9 bilion) kepada pemerintah negeri Texas di Amerika Syarikat untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah negeri itu yang menuduh syarikat induk Facebook itu menggunakan teknologi pengecaman muka secara haram untuk mengumpul data biometrik jutaan warga Texas tanpa persetujuan mereka.

Syarat penyelesaian, yang didedahkan pada 30 Julai, menandakan persetujuan terbesar yang pernah dilakukan oleh mana-mana negeri di Amerika, kata peguam bagi negeri itu, yang pasukan undang-undangnya termasuk firma plaintif, Keller Postman.

Firma undang-undang yang memantau tindakan itu berkata, tuntutan tersebut, yang difailkan pada 2022, adalah kes besar pertama yang dibawa di bawah undang-undang privasi biometrik Texas 2009.

Peruntukan undang-undang memberikan ganti rugi sehingga $25,000 bagi setiap pelanggaran.

Texas menuduh Facebook merakam maklumat biometrik “berbilion kali” daripada foto dan video yang dimuat naik pengguna ke wadah media sosial sebagai sebahagian daripada ciri percuma yang dihentikan, dipanggil “Cadangan Teg”.

Jurucakap Meta berkata syarikat itu gembira menyelesaikan perkara itu dan berharap dapat “meneroka peluang masa depan untuk memperdalam pelaburan perniagaan di Texas, termasuk berpotensi membangunkan pusat data.”

Namun ia terus menafikan sebarang salah laku.

Peguam Negeri Texas, Encik Ken Paxton, dalam satu kenyataan berkata penyelesaian itu menandakan “komitmen negeri itu untuk menentang syarikat teknologi terbesar di dunia dan meminta mereka bertanggungjawab kerana melanggar undang-undang dan melanggar hak privasi warga Texas”.

Texas dan Meta berkata mereka mencapai persetujuan pada Mei, beberapa minggu sebelum permulaan perbicaraan di mahkamah negeri dijadualkan bermula.

Meta secara berasingan bersetuju membayar AS$650 juta pada 2020 untuk menyelesaikan tindakan kelas privasi biometrik yang dibawa di bawah undang-undang privasi bagi negeri Illinois yang dianggap sebagai salah satu tindakan paling ketat di negara itu.

Syarikat itu juga menafikan salah laku.

Dalam kes berasingan, syarikat Google milik Alphabet sedang menentang tuntutan mahkamah oleh Texas yang menuduh syarikat itu melanggar undang-undang biometrik negeri. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg