Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Microsoft, BlackRock mahu lancar dana AS$30b bina prasarana AI

Sep 19, 2024 | 5:30 AM
Menurut BlackRock dan Microsoft, wadah pelaburan itu, yang dikenali sebagai Perkongsian Pelaburan Prasarana AI Global, bertujuan membantu meningkatkan rantaian bekalan kecerdasan buatan (AI) dan penyumberan tenaga.
Menurut BlackRock dan Microsoft, wadah pelaburan itu, yang dikenali sebagai Perkongsian Pelaburan Prasarana AI Global, bertujuan membantu meningkatkan rantaian bekalan kecerdasan buatan (AI) dan penyumberan tenaga. - Foto REUTERS

Syarikat BlackRock dan Microsoft mahu melancarkan dana lebih AS$30 bilion ($38.3 bilion) untuk melabur dalam prasarana kecerdasan buatan (AI) bagi membina pusat data dan projek tenaga, kata syarikat itu pada 17 September.

Model AI, terutama yang digunakan untuk pembelajaran mendalam dan pemprosesan data berskala besar, memerlukan kuasa pengiraan besar, yang membawa kepada penggunaan tenaga yang lebih tinggi.

Keperluan pengkomputeran untuk AI menentukan bahawa syarikat teknologi menyusun beribu-ribu cip dalam kelompok untuk mencapai jumlah kuasa pemecahan data yang diperlukan.

Ia sekali gus membawa kepada lonjakan permintaan untuk pusat data khusus sebegitu.

Wadah pelaburan tersebut, yang dikenali sebagai Perkongsian Pelaburan Prasarana AI Global, bertujuan membantu meningkatkan rantaian bekalan AI dan penyumberan tenaga, kata BlackRock dan Microsoft.

Syarikat pelaburan yang disokong Abu Dhabi, MGX akan menjadi rakan kongsi umum dalam dana itu, manakala firma cip, AI Nvidia, akan memberikan kepakaran.

Perkongsian itu akan menggerakkan sehingga $100 bilion dalam jumlah potensi pelaburan apabila mengambil kira pembiayaan hutang, kata syarikat tersebut.

Menurut syarikat itu, pelaburan tersebut akan tertumpu di Amerika Syarikat dan selebihnya di negara rakan kongsinya. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg