Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

OpenAI lancar mod suara lanjutan bagi sebilangan pengguna ChatGPT Plus

Aug 1, 2024 | 5:30 AM
ChatGPT
Syarikat OpenAI sedang membenarkan sebilangan pengguna ChatGPT Plus mencuba mod suara lanjutan yang canggih. - Foto REUTERS

Syarikat kecerdasan buatan (AI), OpenAI, mula melancarkan mod suara lanjutan kepada sekumpulan kecil pengguna ChatGPT Plus.

Syarikat itu telah menangguhkan pelancaran pengalaman perbualan suara yang realistik kepada Julai dari akhir Jun, dengan mengatakan ia memerlukan masa untuk mencapai standard pelancarannya.

Keupayaan audio baru itu akan membolehkan pengguna bercakap dengan ChatGPT dan menerima tindak balas masa nyata tanpa berlengah, serta mencelah ChatGPT semasa ia sedang bercakap – kedua-duanya prinsip perbualan realistik yang telah terbukti menjadi cabaran bagi pembantu AI masa kini.

OpenAI berkata pada Jun, ia meningkatkan keupayaan model untuk mengesan dan menolak kandungan tertentu, sambil berusaha menambah baik pengalaman pengguna dan menyediakan prasarananya untuk mengembangkan model tersebut.

Syarikat itu telah berusaha memperkenalkan produk AI generatif baru.

Ini sedang ia berusaha mengekalkan kelebihannya dalam perlumbaan AI yang berkembang pesat bagi memenuhi permintaan perniagaan yang mahu segera mengguna pakai teknologi itu.

OpenAI juga sedang meneroka bidang yang telah lama dikuasai oleh Google dengan pelancaran terpilih SearchGPT, enjin carian yang dikuasakan oleh AI dengan akses masa nyata kepada maklumat daripada Internet.

Langkah itu, yang diumumkan pada 25 Julai, juga meletakkan gergasi AI dalam persaingan dengan enjin carian, Microsoft Bing, dan perkhidmatan baru muncul seperti Perplexity – firma chatbot AI yang memberi tumpuan pada carian yang disokong oleh pengasas Amazon, Encik Jeff Bezos ,dan gergasi semikonduktor, Nvidia.

OpenAI menyatakan ia telah membuka pendaftaran untuk alat baru itu, yang kini dalam peringkat prototaip dan sedang diuji dengan sekumpulan kecil pengguna dan penerbit.

Syarikat itu merancang mahu menyepadukan ciri terbaik daripada alat carian ke dalam ChatGPT pada masa hadapan.

“Alat carian berkuasa AI daripada OpenAI dan Perplexity mengesahkan semula carian sebagai model penglibatan kandungan tetapi memberi tekanan Google untuk menjadi lebih baik dalam permainannya sendiri,” kata penganalisis Canaccord Genuity, Encik Kingsley Crane. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg