Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Microsoft, makmal AS manfaat AI percepat cari bahan baru bateri

Jan 11, 2024 | 05:30 AM



Kerjasama antara syarikat Microsoft dengan makmal kebangsaan Amerika Syarikat yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) telah berjaya mengenal pasti dengan pantas, bahan yang boleh menghasilkan bateri, yang memerlukan 70 peratus kurang bahan litium, berbanding masa kini.

Penggantian litium dengan natrium, unsur yang terdapat dalam garam, masih memerlukan penilaian menyeluruh oleh saintis di Makmal Nasional Pacific Northwest (PNNL) di Richland, Washington, demi menentukan sama ada ia sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran.

“Sesuatu yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun, kami lakukan dalam dua minggu,” kata Encik Jason Zander, Naib Presiden Eksekutif di Microsoft sambil menambah, “Itulah penemuan yang paling menarik bagi kami”.

Teknologi baru itu suatu hari nanti boleh digunakan dalam kereta, grid tenaga dan tempat lain di mana bateri diperlukan.

Ia menggunakan hanya sedikit litium, bahan yang mahal untuk dilombong dan hanya terdapat di beberapa negara, dan lebih banyak menggunakan natrium, bahan yang murah dan mudah diperoleh.

Encik Brian Abrahamson, ketua pegawai digital PNNL, berkata proses yang digunakan untuk mencari bahan bateri alternatif itu boleh digunakan untuk menghuraikan banyak lagi masalah bahan kimia dan sains.

Microsoft menggunakan gabungan model AI yang dilatih mengenai data sains molekul dan superkomputer saintifik tradisional.

Ia dapat mengurangkan daripada 32 juta kemungkinan kepada 18 calon, yang kemudiannya diperiksa oleh saintis PNNL, untuk ditentukan yang mana wajar disintesis dan diuji dalam makmal.

“Keajaiban di sini adalah dalam kelajuan AI, membantu mengenal pasti produk dan bahan, serta keupayaan kami melaksanakan idea-idea itu di dalam makmal,” kata Encik Abrahamson. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >