Memandu kenderaan elektrik (EV) semasa bercuti di rantauan memerlukan beberapa perancangan yang teliti demi memastikan perjalanan yang lancar dan bebas tekanan. Berikut antara petua penting demi menjadikan perjalanan percutian dengan EV menyeronokkan dan tanpa kerumitan:
* Selidik, kaji prasarana yang tersedia di rantauan serta wadah pembayaran yang diperlukan. Muat turun aplikasi navigasi, khidmat pengecas sebelum berangkat ke luar negara
* Rancang perjalanan dan ambil kira ketidaktentuan yang mungkin berlaku seperti pengecas yang rosak atau tidak boleh digunakan
* Cari pengecas berhampiran tempat makan, pusat tarikan atau pusat beli belah
* Semasa jalan jauh, padankan masa mengecas dengan jadual berhenti makan dan berehat
* Elak gunakan EV hingga bateri habis. Pastikan ada baki untuk keadaan yang tidak dijangka
* Cas penuh kenderaan sebelum mulakan perjalanan jauh
* Pastikan kenderaan mempunyai kabel pengecas
* Pastikan telefon bimbit mempunyai khidmat data Internet supaya dapat akses aplikasi pengecas di luar negara
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg