Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mimi Lana, Syafiq sudah bersedia timang anak

May 19, 2025 | 12:08 PM
Malaysia, Mimi Lana, Syafiq Kyle
Pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle bernikah pada majlis tertutup di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu. Mimi berkata mereka berdua sudah bersedia menjadi ibu bapa dan enggan bertangguh. - Foto INSTAGRAM MISSMIMILANA

KUALA LUMPUR: Pelakon Mimi Lana mengakui beliau dan suami, Syafiq Kyle, sudah bersedia menjadi ibu bapa.

Mimi berkata Syafiq hampir setiap hari bercakap soal anak dan berkongsi idea nama yang bakal diberi kepada si comel kelak, lapor Berita Harian Malaysia.

“Saya tidak mahu tunggu lagi dan sangat bersedia (memiliki cahaya mata).

“Syafiq lagilah bersedia, setiap hari beliau akan cakap mengenai nama anak,” katanya pada majlis pelancaran koleksi Echapper Vc V2 jenama FILA di Kuala Lumpur pada 16 Mei.

Mimi mengakui sedia menggalas tanggungjawab sebagai ibu pada bila-bila masa dan enggan bertangguh.

“Kami ada perancangan untuk memiliki cahaya mata. Jika dikurniakan cepat, kami terima.

“Walaupun selepas berkahwin ‘job’ tidak putus, termasuk dua filem yang menunggu untuk penggambaran, namun kami tidak akan tunggu sehingga semua kerja selesai baru hendak fikirkan soal zuriat,” katanya.

Tiga bulan melayari bahtera rumah tangga, Mimi mengakui hidupnya semakin bahagia.

“Alhamdulillah. saya sangat gembira dengan kehidupan rumah tangga yang sangat luar biasa. Syafiq suami yang baik dan saya sangat bersyukur ditakdirkan hidup bersamanya.

“Tanggungjawab saya sudah berubah. Dahulu hanya fokus kepada diri sendiri. Sekarang, apabila bagun pagi, selain diri sendiri, ada orang lain yang perlu saya fikirkan,” katanya lagi.

Mimi dan Syafiq bernikah pada majlis tertutup di Taiping, Perak pada 14 Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg