Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mizz Nina temui pengganti untuk kongsi misi dakwah

Jun 16, 2023 | 11:51 AM
SEIRING SEJALAN: Mizz Nina dan penyanyi rap Amerika, Essam Muhammad, berumah tangga pada suku kedua 2023 dan berkongsi cinta terhadap kerja kebajikan dan misi dakwah.
SEIRING SEJALAN: Mizz Nina dan penyanyi rap Amerika, Essam Muhammad, berumah tangga pada suku kedua 2023 dan berkongsi cinta terhadap kerja kebajikan dan misi dakwah. - Foto INSTAGRAM MIZZ NINA

KUALA LUMPUR: Usahawan dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina, mengumumkan sudah bernikah dengan penyanyi ‘rap’ dan artis hip-hop Amerika yang dikenali sebagai Essam Muhammad, baru-baru ini.

Melalui hantaran dimuat naik di Instagram (IG), Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 43 tahun, menjelaskan majlis pernikahan dibuat secara tertutup dan dihadiri keluarga serta teman rapat, pada suku kedua tahun ini.

“Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dan syukur ke hadrat Allah kerana dengan restunya, saya ingin mengumumkan sudah bernikah pada suku kedua tahun ini dengan suami tercinta, Essam Muhammad, pada satu majlis tertutup dihadiri keluarga dan teman rapat.

“Allah adalah sebaik-baik perancang dan menulis kisah kehidupan kami dengan begitu cantik sekali.

“Alhamdulillah, dengan restu kedua orang tua, kami berjaya melengkapi antara satu sama lain,” tulisnya, yang ditukil dalam satu laporan Berita Harian Malaysia.

Bekas isteri vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ini memberitahu pengikutnya di Instagram beliau dan suami mempunyai misi yang sama iaitu mahu berdakwah.

“Kami dedikasikan kehidupan ini ke jalan dakwah. Kami juga berkongsi impian dan aspirasi yang sama serta teruja untuk menjalani kehidupan baru bersama.

“Apa sahaja matlamat atau usaha kami dalam segala kerja yang dilakukan dibuat atas rasa percaya dan kerana Allah.

“Kami juga mengerti perkahwinan adalah untuk mencambahkan rasa cinta, mencari ketenangan dan mengharap belas ihsan dalam mencari keredaan Allah supaya kami dapat melangkah ke alam syurga bersama-sama.

“Moga Allah sentiasa melindungi perjalanan kami,” katanya.

Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 2 Julai 2011, tetapi bercerai pada Ogos tahun lalu.

Mereka mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg