Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Model didakwa kekasih baru DiCaprio sudah dibawa temui ibu

Jun 5, 2023 | 5:08 PM
TEMANITA BARU?: Neelam Gill (kiri) adalah model yang dikatakan merupakan temanita baru Leonardo DiCaprio.
TEMANITA BARU?: Neelam Gill (kiri) adalah model yang dikatakan merupakan temanita baru Leonardo DiCaprio. - Foto INSTAGRAM CELEBRITY EVENTS

RAMAI yang tertanya-tanya, apakah pelakon Leonardo DiCaprio sudah menemui cinta baru dalam hidupnya?

Ini menyusuli beberapa orang telah menemuinya duduk makan bersama seorang model berketurunan India dan kelahiran Britain, Neelam Gill, di sebuah restoran mewah di London.

Menurut satu laporan Page Six , bintang filem, Inception itu kelihatan membawa ibunya, Cik Irmelin Inderbroken dan Neelam ke sebuah restoran Chiltern Firehouse di London baru-baru ini. Kesemuanya berpakaian mewah berwarna hitam.

Beberapa minggu lalu, DiCaprio juga ditemani Neelam dan kelihatan meninggalkan Hotel Martinex di Cannes.

Foto mereka tular di Internet dengan peminat mula meramalkan mereka kemungkinan berkasih buat masa ini. Bagaimanapun, satu sumber pula mendakwa Neelam kini keluar bersama teman bintang filem, Titanic itu.

Sebelum ini, DiCaprio dikaitkan dengan model Gigi Hadid dan pelakon Camila Morrone. Ada yang menyatakan hubungan itu terputus apabila si wanita mula mengemukakan soal kahwin kepada DiCaprio.

Kali terakhir DiCaprio dilihat berlakon adalah bagi filem arahan Martin Scorsese, Killers of the Flower Moon, yang juga dibintangi Robert De Niro. Filem itu ditayangkan di Festival Filem Cannes dan mendapat tepukan sanjungan penonton.

Siapakah pula Neelam? Beliau adalah model berusia 28 tahun dan merupakan peragawati India pertama yang diketengahkan dalam kempen jenama mewah, Burberry.

Dirinya dilihat baru-baru ini di Pusat Kebudayaan Nita Mukesh Ambani. Beliau menyertai pertunjukan fesyen Christian Dior di India.

Dalam hantaran Instagram, Neelam melahirkan rasa terharunya kerana dapat mencipta sejarah sebagai gadis Punjabi yang turut meraikan budaya dan warisannya di arena fesyen.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg