Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MOVETIX sedia khidmat tempah tiket acara hiburan dengan hotel, penerbangan

Feb 04, 2024 | 05:30 AM



Aplikasi tempahan perjalanan terbaik Asia, AirAsia MOVE (dahulunya airasia Superapp) telah bekerjasama dengan Coras, platform pengedaran tiket global terkemuka untuk memperkenalkan MOVETIX, platform tiket serba baru dan inovatif.

Aplikasi ini membolehkan anda meninjau lebih 10,000 acara dan aktiviti global yang dilengkapi dengan kemudahan menempah penerbangan, hotel, perkhidmatan ‘e-hailing’ sekali gus. 

MOVETIX diterajui oleh Encik Hassan Choudhury, seorang karyawan berpengalaman dalam industri hiburan yang akan meneruskan peranannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RedRecords, sebuah usahasama antara AirAsia dan label rakaman Universal Music.

Platform MOVETIX ini dibantu Coras yang mempunyai rangkaian rakan kongsinya termasuk Ryanair, Pegasus, Frontier dan banyak lagi.

Sebagai pelancaran awal, StarHub dan World Football Legends telah mengumumkan MOVETIX sebagai rakan kongsi tiket rasmi Festival Bola Sepak StarHub yang berlangsung pada 20 dan 21 April 2024 di Our Tampines Hub (OTH).

Pesta dua hari itu turut menampilkan perlawanan yang melibatkan legenda Liga Perdana Inggeris dan legenda Singapura seperti David James, Dwight Yorke, Teddy Sheringham dan ramai lagi.


Sebagai rakan kongsi tiket rasmi untuk acara tersebut, mereka yang berminat boleh membeli tiket mereka pada harga $60 setiap seorang untuk tiket orang dewasa, $30 untuk warga emas (umur 60 tahun dan ke atas) serta kanak-kanak (bawah usia 12 tahun), mahupun pakej keluarga dengan harga $150.

Pakej keluarga itu meliputi kemasukan untuk dua kanak-kanak dan dua orang dewasa secara eksklusif di airasia Superapp hingga 4 Februari 2024. Sebahagian daripada jualan tiket akan disumbangkan kepada Persatuan Disleksia dan Jagaan Hospis HCA, dalam usaha menyumbang kepada kerja kemasyarakatan mereka yang tidak ternilai.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, Cik Nadia Omer, berkata:

“Hiburan adalah sebahagian penting dalam aspek pelancongan atau pengembaraan, dan peranan Encik Hassan dalam RedRecords dan MOVETIX sejajar dengan komitmen kami untuk memberikan nilai terbaik dalam perjalanan dan membangunkan bakat di Asean.


“Bekerjasama dengan penggiat hiburan terbaik industri seperti Coras di platform AirAsia MOVE kami akan meningkatkan pengalaman pelanggan kami, sambil kekal setia pada cadangan jenama kami.

“Dengan MOVETIX, pengguna aplikasi kami kini boleh menempah keseluruhan perjalanan mereka dengan lancar termasuk penerbangan, hotel dan pengangkutan darat melalui airasia ride, makanan melalui pilihan Dine-in, semuanya dalam satu ekosistem yang sama.”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coras, Encik Mark McLaughlin, pula mengulas:

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia MOVE supaya pangkalan pelanggan mereka seramai lebih 15 juta pengguna aktif bulanan kini boleh membeli tiket untuk teater, sukan, muzik secara langsung dan tarikan terbaik di 67 bandar dan 20 negara.

“Asia Tenggara adalah pasaran pertumbuhan besar seterusnya untuk hiburan secara langsung dan kami gembira dapat memainkan peranan dalam perkembangan ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >