Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Music & Drama Company rai Jubli Emas

Sep 22, 2023 | 5:30 AM
IZZATHY HALIL: Antara bakat Music & Drama Company yang akan terlibat dalam persembahan tiga hari, ‘Music & Memories’, dari Jumaat hingga Ahad.
IZZATHY HALIL: Antara bakat Music & Drama Company yang akan terlibat dalam persembahan tiga hari, ‘Music & Memories’, dari Jumaat hingga Ahad. - Foto fail

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 tahun ini, Music & Drama Company (MDC) memperingati sejarah dan asal usulnya serta mengucapkan terima kasih kepada anggota Perkhidmatan Negara (NS) dan askar kerahan menerusi siri persembahan berjudul Music & Memories.

Dari Jumaat hingga Ahad, orang ramai akan dihiburkan dengan acara nyanyian dan tarian ekstravaganza selama tiga hari di Atrium HDB Hub, Toa Payoh.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ulang tahun ke-50 MDC akan dipersembahkan dalam acara tersebut.

Irama popular yang menjadi sebahagian daripada hidup warga Singapura, dari zaman dahulu, kembali menggamit memori.

Alumni MDC yang tidak asing lagi seperti penyanyi Sebastian Tan, yang juga dikenali sebagai Broadway Beng serta penari Moe Kassim, Jackie Pereira dan Farhan Hassan akan mewarnai pentas bersama penyanyi utama MDC, Dominic Chin, Izzathy Halil dan ramai lagi artis MDC.

Selain persembahan pentas, penonton yang datang diundang menyertai permainan dengan tawaran hadiah menarik.

Satu pameran khas yang mengetengahkan sejarah dan perubahan MDC dalam tempoh evolusi 50 tahun juga boleh ditinjau.

Acara Music & Memories ini diadakan pada 4.30 petang hingga 7 malam (Jumaat dan Sabtu); 11 pagi dan 2 petang (Sabtu dan Ahad).

Tiada bayaran dikenakan bagi acara ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg