Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nak bagi tip atau tidak...

Jun 18, 2023 | 05:31 AM



Dari China ke Denmark, negara di seluruh dunia mempunyai cara berbeza untuk menunjukkan penghargaan.

Di Perancis, ‘service compris’ bermaksud tip sudah termasuk dalam bil. Di tempat lain, terutamanya di Asia Timur, ketiadaan amalan memberi tip adalah satu kebanggaan.

Berikut ialah lima negara dengan ciri-ciri pemberian tip yang berbeza.

JEPUN


Orang Jepun mempunyai budaya perkhidmatan tanpa tip.

Pelancong perlu berfikir dua kali sebelum memberi tip agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Makna perkhidmatan termasuk melakukan kerja dengan bangga, dan penghargaan paling kerap ditunjukkan melalui pujian (sebaik-baiknya dalam bahasa Jepun) atau menunduk.

Satu pengecualian ialah di ryokan, tempat penginapan tradisional Jepun beralas tatami, di mana pelancong boleh meninggalkan wang untuk nakai san (pelayan berkimono yang menyediakan makanan dan katil futon), tetapi hanya apabila tugasan dilakukan dengan betul, dengan menyerahkan sampul tertutup yang dihias khas dan diisi wang kertas baru.


“Walaupun pelancong diberitahu Jepun tidak menerima tip, sesetengah orang masih ingin menunjukkan penghargaan mereka melalui wang – tetapi ini tidak diterima,” kata Encik James Mundy, pengendali pelancong berpangkalan di United Kingdom.

“Adalah lumrah bagi orang ramai meninggalkan wang untuk pelayan di restoran, kemudian dikejar di jalan raya dan wang mereka dikembalikan.

“Ramai tidak dapat memahami bahawa ada orang melakukan kerja mereka dengan bangga, dan oishikatta (pujian ‘ia sedap’ bagi makanan lazat), atau gochiso sama (ucapan ‘terima kasih kerana menyediakan hidangan ini) akan diterima dengan baik.”


MESIR


Konsep baksheesh, yang bermaksud tip, atau sedekah, menjadi kelaziman di sini. Ia boleh diminta secara terang-terangan atau dibisikkan seperti satu rahsia, tanpa mengira perkhidmatan yang diberikan.


Tinjauan lebih mendalam tentang baksheesh mendedahkan bahawa ia adalah sebahagian daripada sistem ‘bayar ke hadapan’, di mana pemandu pelancong dan pekerja rencam hotel boleh memberikan layanan keutamaan, memastikan perkhidmatan yang terbaik dan memberi bantuan istimewa jika diberi tip lebih awal.


Mata wang dolar Amerika dialu-alukan, begitu juga dengan paun Mesir, dan AS$1-2 ($1.35-$2.70) sudah mencukupi.

CHINA


Ganjaran tidak diharapkan di sini. Malah, pemberian tip pernah dilarang, dan kini masih dilihat sebagai perbuatan kurang sopan dan rasuah di kebanyakan tempat.

Namun begitu, dengan perkembangan sektor pelancongan di China, banyak adat dari Barat kian diterap sekali gus membawa perubahan.

Orang China masih belum mengamalkan kecenderungan memberi tip, namun, ganjaran kini boleh diterima, terutama di bandar-bandar besar dengan ramai penduduk dan pelawat asing.

Jika anda berkunjung ke sana, pemberian tip dalam jumlah yang kecil kepada porter dan pemandu pelancong dialu-alukan bagi menghargai perkhidmatan mereka yang unggul atau bantuan khas. Pekerja setempat akan menghargainya.

AMERIKA SYARIKAT


Amerika Syarikat memandang serius budaya pemberian tip. Kini, menjadi kebiasaan untuk menambah tip 20-25 peratus kepada bil, dan ‘tipflasi’ bermakna jumlah tip telah meningkat dengan banyak.

Ini disebabkan gaji rendah kakitangan perkhidmatan, yang juga bergantung pada kitaran ganjaran harian.

Ini juga menyebabkan lebih banyak peruncit kini menambah caj perkhidmatan tidak wajib ke jualan kaunter yang dahulunya lebih jelas dan mudah.

Apa-apa sahaja – perkhidmatan dan bukan – boleh dikenakan bayaran tambahan.

“Amerika mempunyai budaya memberi tip yang tidak seperti di tempat lain,” kata Encik Peter Anderson, pengarah urusan khidmat concierge pelancongan, Knightsbridge Circle.

“Di New York baru-baru ini, saya membeli sebotol air dari kedai dan apabila membayar, diminta memberi tip. Tetapi saya mengambil air itu sendiri, membawanya ke kaunter dan membayar, namun saya diharap memberi tip 20 peratus.

“Di terlalu banyak tempat, itu hanyalah satu cara untuk membayar kakitangan gaji yang lebih rendah dan menyalurkan lebih banyak kos kepada pelanggan.”

Walaupun Amerika kini menyaksikan pergerakan meniadakan tip dan peralihan ke arah kaedah pampasan lebih saksama bagi kakitangan, kemajuannya perlahan.

DENMARK


Denmark pada umumnya merupakan sebuah negara yang tidak memberi tip. Ada dua sebab: Rakyatnya meraih manfaat daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) per kapita lebih tinggi dan sistem kebajikan lebih baik daripada di kebanyakan negara lain di seluruh dunia.

Ini bermakna kakitangan perkhidmatan, pemandu teksi dan pekerja barisan hadapan tidak bergantung pada tip, dan bayaran perkhidmatan biasanya disertakan dalam bil di restoran dan hotel.

Namun, walaupun pemberian tip bukan satu tradisi, sudah menjadi kebiasaan di Denmark – dan di seluruh negara Scandinavia – untuk mencukupkan nilai bil menjadi jumlah penuh di restoran.

Yang paling penting, seperti hampir di mana-mana di Eropah sekarang, pemberi khidmat luar biasa diberi ganjaran dalam bentuk sama ada tip kewangan atau lawatan berulang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >