Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nana gugur saman, akhiri perang dingin bersama Lan Solo, Syura

Dec 07, 2023 | 04:14 PM



Perang dingin antara penyanyi yang pernah berkawan baik sejak lebih dua tahun lalu, Lan Solo, 38 tahun, Syura Badron, 37 tahun, dengan Siti Nordiana, 39 tahun, berakhir secara profesional apabila Siti Nordiana menggugurkan samannya.

Lan berkata bahawa mereka menyesal dengan apa yang dilakukan pada masa lalu dan berasa sudah tiba masanya untuk melupakannya dan bergerak ke hadapan.

Lan atau nama sebenar, Mohd Razlan Mohamed Yusof, mengakui khilafnya dan bersedia menyelesaikan kes berkenaan sejak awal, namun terdapat syarat yang ditetapkan Siti Nordiana dan membuatkannya terpaksa melawan kes itu di mahkamah.

“Kami akui khilaf dan keterlanjuran kami. Sebagai manusia biasa, kami tiada masalah membuat permohonan maaf sejak awal lagi.

“Mungkin kes ini tidak akan berlanjutan sehingga kini. Namun, usaha kami memohon maaf disekat dengan beberapa syarat.

“Antaranya, kami perlu membuat permohonan maaf secara terbuka pada satu sidang media dan perlu membayar sejumlah wang besar nilainya kepada plaintif,” kata Lan pada sidang media di kediamannya, pada 6 Disember, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) Online.


Pada 5 Disember, Siti Nordiana atau Nana bersetuju menyelesaikan secara baik kes saman fitnah sebanyak RM2.5 juta ($717,139) yang difailkan terhadap Lan dan isterinya, Nur Sheila Hassim, 38 tahun, serta penyanyi, Syura.

Saman itu turut membabitkan dua individu lagi iaitu pegawai perhubungan awam syarikat rakaman, FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45 tahun, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 43 tahun.

Lan, yang pernah menyanyi sepentas dengan Nana, berkata atas dasar profesional, beliau tidak ada masalah membuat permohonan maaf selepas mendapat nasihat daripada peguamnya, Azlan Abdul Razak.

“Permohonan maaf atas cadangan peguam masing-masing dan kami akur dengan cadangan ini. Dari awal kes bermula, kami akui kekhilafan dan keterlanjuran kami,” katanya.


Ditanya bagaimana hubungan dengan Nana selepas ini, masing-masing terbuka untuk bertemu di mana-mana majlis dan tiada masalah kembali bekerjasama.

Sementara itu, Syura atau nama sebenar, Zuraidah Badron, menyangkal dakwaan warganet yang menyifatkan beliau dan rakan-rakan mempunyai ego tinggi untuk memohon maaf kepada Nana.

“Kami sebenarnya bersedia sejak awal lagi. Tak pernah rasa ada ego seperti persepsi orang ramai yang mengatakan kami buat salah, tetapi tak mahu minta maaf.

“Ada yang berkata kalau kami minta maaf sejak awal pasti tidak akan disaman RM2.5 juta ($717,144).

“Tetapi seperti yang diberitahu, saya dan rakan-rakan berasakan syarat yang ditetapkan untuk membuat permohonan maaf agak melampau untuk dituruti.

“Bukan minta maaf itu melampau, tetapi jumlah wang diminta sangat besar. Bukan RM10, RM20 atau RM1,000,” kata Syura.

Isteri yang juga pengurus Lan, Nur Sheila, berkata perbuatan mereka yang mengadakan sesi siaran langsung di Instagram sehingga mencetuskan kontroversi bukanlah satu perkara yang dibanggakan.


Terdahulu, dalam pernyataan tuntutan Nana pada 20 Julai 2021, Lan mendakwa melalui siaran langsung di Instagram dikendalikan Nur Sheila yang disertai empat defendan lain menyiar, mengeluar dan menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) itu mendakwa, fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan artis yang bersih dan dihormati, ego, tidak mendengar nasihat dalam segala perkara dan menggunakan wang serta populariti bagi memastikan dirinya dihormati.


Penyanyi Cinta Hanya Sandaran itu turut mendakwa kelima-lima defendan memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing, namun ia tular dan dimuat naik semula ke laman YouTube dan masih boleh ditonton orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >