Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Neelofa dan PU Riz rujuk hadis bagi nama anak kedua yang baru lahir

Jul 14, 2023 | 11:09 AM
KINI BEREMPAT: Pu Riz dan Neelofa yang bergambar dengan anak sulung mereka, Muhammad Bilal, bersyukur dikurniakan seorang lagi anak lelaki pada Rabu lalu sebagai penyeri rumah tangga mereka.
KINI BEREMPAT: Pu Riz dan Neelofa yang bergambar dengan anak sulung mereka, Muhammad Bilal, bersyukur dikurniakan seorang lagi anak lelaki pada Rabu lalu sebagai penyeri rumah tangga mereka. - Foto INSTAGRAM NEELOFA

Pendakwah bebas yang juga pelakon, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 28 tahun, bakal berkongsi nama anak keduanya iaitu bayi lelaki selepas genap tujuh hari dilahirkan.

Riz yang juga suami selebriti Neelofa berkata pilihan nama anak keduanya merujuk pada hadis Rasulullah saw.

“Buat masa sekarang, nama anak sudah ada. Insya-Allah, saya dan isteri akan kongsi selepas genap tujuh hari. Nama untuk anak kedua ini juga memberikan maksud yang baik. Saya ingin berkongsi sedikit yang mana dalam Islam menyuruh umatnya menggunakan nama yang baik. Pada hari kiamat kelak, mereka akan diseru dengan nama itu.

“Malah dalam hadis Rasulullah pun ada menyatakan perkara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Riz berkongsi isterinya selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di sini pada Rabu.

Berita Neelofa dikatakan sudah bersalin mula diperkatakan sejak beberapa minggu lalu selepas perkongsiannya dimasukkan ke hospital.

Riz dan Neelofa bernikah pada 27 Mac 2021. Mereka kemudiannya dikurniakan anak pertama, Muhammad Bilal, pada 29 Januari tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg