Premium
Niaga kuih Melayu putu piring maju, kini ada 6 cawangan
Mar 16, 2019 | 5:30 AM
SEMAKIN BERKEMBANG: Encik Hashim (dua dari kiri), Cik Noorzela (tiga dari kiri) dan Encik Razali (kiri) turun padang memantau perniagaan di cawangan terbaru Traditional Haig Road Putu Piring, iaitu yang keenam, di Northpoint City, Yishun. -
ENCIK Mohamad Hashim Jumaat nekad membuka gerai putu piring di pusat beli-belah Northpoint City, yakni cawangan keenamnya, meskipun sewanya mencecah sebanyak $10,000 sebulan.
Malah, melihat pelanggan bertali arus menanti giliran di gerai Traditional Haig Road Putu Piring yang baru dibuka sebulan lalu itu, beliau bertambah yakin.

