Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nikki tersilap sangka dangdut perlu suara nipis, ‘kepit’

Nov 15, 2023 | 05:30 AM



Ke mana perginya ‘ke-Nikkian’ dalam persembahan tadi?

Soalan tentang identiti suara peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Nikki Palikat, 38 tahun, yang dirasakan hilang dalam persembahan lagu dangdut Amelina, Semakin Rindu Semakin Asyik, bermain di fikiran media dan juga warganet yang meminati penyanyi asal Kuching, Sarawak itu.


Penyanyi yang dilahirkan di Michigan, Amerika Syarikat itu, dikenali kerana vokalnya yang bertenaga. Namun, dalam persembahan beliau tempoh hari, terasa seakan-akan Nikki cuba meniru suara kebanyakan penyanyi dangdut yang nipis, sengau dan ‘kepit’.

Juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat, agak kecewa bahkan meminta Nikki kembalikan semula suara emasnya kerana bak terluput jenama ‘Nikki Palikat’ yang dinanti-nanti.

Penonton peraduan realiti ASGV juga dapat mengesan prestasi Nikki yang merosot malahan nyaris-nyaris tersingkir pada minggu kelapan pertandingan kerana markahnya merupakan yang paling rendah dalam kalangan 10 peserta iaitu 56.5 peratus.

Menceritakan situasinya kini di gelanggang pertandingan dalam sidang media tengah malam ASGV yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Nikki yang merupakan naib juara GV8, berkata:

“Saya tak nak menyalahkan sesiapa. Saya belajar, dalam pertandingan kali ini, saya harus lebih bijak buat pilihan dalam apa yang saya nak bawa ke pentas. Saya tak boleh ketepikan keselesaan saya. Setiap ciri persembahan harus bertepatan dan bersesuaian dengan saya dalam menggalas amanah sebagai penghibur.

“ASGV kali ini mencabar dari segi lagu yang diberi untuk saya bawakan. Saya kena betul-betul tapis apa yang diperlukan dalam persembahan saya. Saya perlu pastikan semuanya akan membantu persembahan saya.

“Penat memang penat khususnya apabila ditugaskan lagu Cinta Dalam Hati dan Selagi Ada Cinta. Saya demam sebelum ini dan perlu mengambil suntikan steroid bagi mengembalikan suara saya, Pada minggu itu, saya berada di tempat ketujuh.


“Minggu lalu pula saya tak selesa dengan busana yang saya pakai. Bab sakit tu memang dah tak boleh buat apa-apa. Tak pernah dapat Covid-19 tetapi demam kali ini yang bukan Covid-19, makan masa untuk baik. Pengurus saya pun terkena jangkitan yang sama... lambat juga pulih. Tapi saya tak nak itu dijadikan alasan mengapa prestasi saya tidak memuaskan.”

Sungguhpun persaingan sengit antara peserta yang handal-handal belaka dan sering berusaha berada di tangga atas pertandingan, Nikki gembira dapat duduk sebaris dan berkongsi pentas dengan golongan penghibur yang hebat.

“Ini lebih baik sebab semua nak buat yang terbaik. Kita tak nak duduk di tangga atas tetapi sebab semua peserta lain lemah. Semua gementar dan stres tetapi ini bukan alasan kita tak berikan yang terbaik.

“Saya selalu ingatkan diri saya agar beri yang terbaik. Memang kalau tiada langkah menyingkirkan peserta pada minggu kelapan, saya akan tersingkir. Saya cuba berikan yang terbaik di luar zon selesa saya.

“Dangdut bukan kekuatan saya. Saya banyak belajar dalam minggu kelapan ini. Saya tanya okey nak buat suara kepit dan nipis sebagaimana yang penyanyi dangdut lain lakukan? Orang yang saya tanya tu kata boleh. Saya ubah suara secara sengaja untuk pastikan penyampaian dan cengkok dangdut saya sampai ke hati pendengar.

“Tapi tak tahu pula juri menetapkan penjurian yang berbeza. Mereka lebih suka dengar vokal Nikki Palikat kekal dalam lagu dangdut. Jadi, saya belajar bahawa suara tidak perlu diubah untuk nyanyikan lagu dangdut,” tambah Nikki. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >