Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nikmati pelbagai hidangan istimewa dengan baucar SG60, CDC

Aug 8, 2025 | 2:59 PM
Bruch @ Legundi, Paella De Marisco
Hidangan ‘Paella De Marisco’, $25 (ikut putaran jam, dari kiri, bawah); Nasi Ayam Kuning, $18; ‘Corn Ribs’, $9; Pasta Rendang, $19; dan Roti John, $19 di Bruch @ Legundi.  - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Dengan baucar SG60 atau baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) yang diberikan baru-baru ini, Kaki Makan, mencadangkan enam lokasi menarik untuk anda berbelanja.

Sama ada untuk diri sendiri atau insan tersayang, anda juga dapat menyokong perniagaan milik usahawan Muslim serta peniaga makanan halal di Singapura.

Anna Sourdough

Hidangan ‘Anna’s Big Brekkie’ ($26) menampilkan sosej ayam gaya Italy, kentang goreng, cendawan, kacang panggang, ‘confit’ (kaedah tradisional memasak dan mengawet makanan) tomato ceri, ‘arugula’, roti ‘sourdough’, serta telur.
Hidangan ‘Anna’s Big Brekkie’ ($26) menampilkan sosej ayam gaya Italy, kentang goreng, cendawan, kacang panggang, ‘confit’ (kaedah tradisional memasak dan mengawet makanan) tomato ceri, ‘arugula’, roti ‘sourdough’, serta telur. - Foto INSTAGRAM C.HRYLNNOMS

Terletak di kawasan perumahan Punggol, Anna Sourdough terkenal dengan roti sourdough buatan tangan dan hidangan utama yang mengenyangkan.

Mereka terkenal dengan roti sourdough yang enak, dipadankan dengan hidangan Beef Brisket dengan sourdough atau Sourdough Toast SG60 Breakfast Set.

Alamat: 681 Punggol Drive, Oasis Terraces, #01-04, Singapura 820681

Waktu Operasi: Ahad hingga Khamis, 8.30 pagi hingga 9.30 malam; Jumaat dan Sabtu, 8.30 pagi hingga 10 malam

Asam Pedas Johor by Nek Mah

Bagi mereka yang gemarkan rasa pedas tanpa perlu menyeberangi sempadan ke Johor Bahru, Malaysia, ayuh singgah ke Joo Chiat untuk menikmati asam pedas Johor dengan kuah masam-masam pedas disertakan dengan ikan, kacang bendi dan sayur-sayuran.

Alamat: 2 Joo Chiat Road, Singapura 420002

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi hingga 7 malam

Muslim Delights Malay Food & Noodles

Nama yang tidak asing dalam dunia nasi padang, restoran Muslim Delights ini menawarkan pelbagai lauk Melayu seperti rendang daging, sambal goreng dan banyak lagi.

Alamat: 117 Upper Paya Lebar Road, #01-117, Singapura 534834

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 6.30 pagi hingga 6.30 petang

Tiram

Kedai kecil yang selesa untuk makan beramai-ramai ini terletak di Jalan Leban (berhampiran kejiranan Ang Mo Kio, Bishan dan Thomson).

Ia menjadi pilihan peminat makanan laut dengan tiram segar, udang panggang dan pelbagai sajian panggang lazat yang lain.

Alamat: 10 Jalan Leban, Singapura 577551

Waktu Operasi: Selasa hingga Jumaat, 5 petang hingga 10 malam; Sabtu dan Ahad, 12 tengah hari hingga 10 malam

Brunch Legundi

Gabungan cita rasa Timur dan Barat di kafe Sembawang ini menampilkan stik ‘tomahawk’, menu sarapan lewat pagi serta susu kocak atau ‘milkshake’ yang menyegarkan.

Alamat: 8 Jalan Legundi, Victory 8, #01-05, Singapura 759274

Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad, 10 pagi hingga 9 malam. Tutup pada setiap Isnin

Rasa Istimewa Waterfront Restaurant

Terletak di tepi perairan, restoran ini menyajikan makanan laut bakar klasik seperti sate, ikan pari sambal dan pelbagai hidangan lain.

Sesuai untuk makan malam bersama keluarga sambil menikmati pemandangan indah.

Alamat: 6A Admiralty Road West, #01-01, Singapura 757445

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengah hari hingga 11.30 malam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg