Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nikmati pertunjukan cahaya di Festival Sungai S’pura

Oct 3, 2024 | 1:20 PM
Pengunjung boleh menikmati pertunjukan cahaya di Jambatan Cavenagh dan Jambatan Alkaff serta beberapa persembahan muzik di Boat Quay.
Pengunjung boleh menikmati pertunjukan cahaya di Jambatan Cavenagh dan Jambatan Alkaff serta beberapa persembahan muzik di Boat Quay. - Foto FESTIVAL SUNGAI SINGAPURA

Festival Sungai Singapura 2024

Festival Sungai Singapura 2024 yang berlangsung dari 4 hingga 13 Oktober, menawarkan pelbagai kegiatan menarik di sepanjang tebing sungai.

Pengunjung boleh menikmati pertunjukan cahaya di Jambatan Cavenagh dan Jambatan Alkaff serta beberapa persembahan muzik di Boat Quay.

Ikuti juga acara pesta haiwan peliharaan di Clarke Quay.

Tarikh: Hingga 13 Oktober

Tempat: Kawasan sepanjang Sungai Singapura

Acara Rumah Terbuka Deepavali

Acara rumah terbuka sempena perayaan Deepavali di Pusat Warisan India menampilkan beberapa persembahan muzik tradisional secara langsung.
Acara rumah terbuka sempena perayaan Deepavali di Pusat Warisan India menampilkan beberapa persembahan muzik tradisional secara langsung. - Foto fail

Oktober ini, Pusat Warisan India mengadakan acara rumah terbuka sempena Deepavali 2024 dengan pelbagai kegiatan menarik setiap hujung minggu.

Pengunjung berpeluang masuk percuma ke muzium, menyertai bengkel kebudayaan dan nikmati suasana perayaan di pasar khas yang disediakan.

Tarikh: 5 hingga 27 Oktober

Masa: 10 pagi hingga 7 malam

Tempat: Pusat Warisan India

Untuk mendaftar bagi bengkel tersebut, sila layari ihc-programmes.peatix.com.

Acara Muzikita di Wisma Geylang Serai

Acara ini menampilkan persembahan oleh Kirana Seni yang memberi penghormatan kepada Jeffrydin daripada De Tremolos; persembahan Nada Pesona yang menghargai Ella bersama Rosli Mohalim; dan penghormatan oleh Band Bang Rudi kepada legenda dangdut Rhoma Irama.
Acara ini menampilkan persembahan oleh Kirana Seni yang memberi penghormatan kepada Jeffrydin daripada De Tremolos; persembahan Nada Pesona yang menghargai Ella bersama Rosli Mohalim; dan penghormatan oleh Band Bang Rudi kepada legenda dangdut Rhoma Irama. - Foto FACEBOOK WISMA GEYLANG SERAI

Saksikan acara Muzikita yang akan berlangsung hampir setiap Sabtu pada Oktober ini.

Acara itu menampilkan persembahan istimewa daripada Kirana Seni yang akan memberi penghormatan kepada Jeffrydin daripada De Tremolos; Nada Pesona yang menghargai Ella bersama Rosli Mohalim; dan penghormatan oleh Band Bang Rudi kepada legenda dangdut Rhoma Irama.

Tarikh: 5 Oktober 2024 (De Tremolos)

12 Oktober 2024 (Nada Pesona)

26 Oktober 2024 (Band Bang Rudi)

Masa: 8 hingga 9 malam

Tempat: Persada Budaya, Tingkat 1, Wisma Geylang Serai (WGS)

Masuk percuma.

Acara ‘Friday Late at Marina Central’

Penyanyi tempatan, Regina Song, merupakan antara bakat tempatan yang bakal membuat persembahan muzik sempena acara, ‘Friday Late at Marina Central’, pada 5 Oktober.
Penyanyi tempatan, Regina Song, merupakan antara bakat tempatan yang bakal membuat persembahan muzik sempena acara, ‘Friday Late at Marina Central’, pada 5 Oktober. - Foto MARINA CENTRAL SG

Diadakan pada 4 dan 5 Oktober, acara ‘Friday Late at Marina Central’ menampilkan pelbagai kegiatan menarik untuk penggemar seni reka bentuk.

Nikmati suasana malam yang penuh kreativiti dengan persembahan muzik oleh bakat tempatan dan antarabangsa di Marina Square, Millenia Walk, South Beach, dan Suntec City.

Pengunjung juga boleh meneroka pelbagai zon yang menampilkan seni interaktif dan rekaan unik.

Tarikh: 4 hingga 5 Oktober

Masa: Bermula dari 5 petang hingga malam

Tempat: Daerah Marina Central (Marina Square, Millenia Walk, South Beach, Suntec City)

Masuk percuma.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg