Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nintendo papar sejarah Super Mario, Game Boy dalam muzium

Oct 2, 2024 | 5:34 PM
Pengunjung menikmati permainan sewaktu pratonton media muzium Nintendo yang baru di Kyoto pada 24 September.
Pengunjung menikmati permainan sewaktu pratonton media muzium Nintendo yang baru di Kyoto pada 24 September. - Foto AFP

UJI (Jepun): Firma Jepun Nintendo telah membuka muzium yang memaparkan sejarahnya, dengan peminat Super Mario, The Legend Of Zelda dan konsol Switch dan Game Boy boleh mendalami antara pencipta ‘game’ paling terkenal di dunia itu.

Terletak di Uji berdekatan ibu pejabat Kyoto syarikat itu, muzium itu menampilkan perkembangan Nintendo, yang diasaskan pada 1889 sebagai pencipta kad permainan ‘hanafuda’ dan kini gergasi ‘gaming’ global.

Encik Shigeru Miyamoto, seorang eksekutif di Nintendo dan pencipta Super Mario, berkata muzium itu bertujuan memperdalam pemahaman tentang syarikat tersebut.

“Jika membuat produk sambil melindungi konsep seperti keluarga, keseronokan dan mudah difahamkan diterapkan dalam diri pekerja kami, maka Nintendo baru akan terus berkembang,” tambahnya.

Muzium itu, yang dibuka kepada awam pada 2 Oktober, terletak di tapak loji yang pernah menghasilkan kad permainan dan merupakan pusat pembaikan produk.

Selain peranti ikonik seperti konsol Wii dan Game Boy, pengunjung akan dapat melihat produk yang kurang dikenali seperti kereta dorong bayi Mamaberica dan pencetak Copilas.

Muzium itu turut menawarkan pelbagai pengalaman interaktif, membolehkan pengunjung bermain secara berpasukan permainan video Super Mario Bros, yang menampilkan tukang paip bermisai Mario, menggunakan alat kawal ‘Family Computer’ bersaiz besar. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg