Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Noh tiada niat pisahkan Mizz Nina dengan Musa

Jan 15, 2024 | 05:45 PM



Apabila berpisah dalam keadaan yang tidak menyelesakan, biasanya anak yang menjadi mangsa.

Kecoh pula perihal Musa, anak angkat vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, dengan bekas isterinya, usahawan dan bekas penyanyi, Mizz Nina.

Noh, 39 tahun, malahan menganggap dakwaan dirinya melarikan Musa hingga ditahan pihak berkuasa seperti yang dilaporkan di media sebagai fitnah.

Beliau yang tampil menjelaskan keadaan sebenar bahkan menegaskan kepada media seberang bahawa dirinya tidak menculik seperti yang didakwa, bahkan sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga budak itu.

“Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya.

“Ini bukannya isu perebutan, tetapi mengikut undang-undang dan disertai dengan dokumen.

“Sekarang Musa di bawah jagaan saya dan sangat gembira. Memang saya difitnah teruk,” katanya menerusi temu bual bersama program Melodi yang disiarkan di saluran TV3 pada 14 Januari.


Menurutnya lagi, beliau perlu mempertahankan diri kerana memang tiada unsur penculikan.

“Saya tak pernah kena tangkap. Saya hanya diminta hadir ke balai polis untuk beri keterangan.

“Tiadalah sampai kena gari atau tiada siapapun masuk lokap. Semuanya berjalan lancar.

“Alhamdulillah, polis juga beri kerjasama yang baik dan faham dengan situasi. Memang tiada unsur jenayah.

“Jujurnya, saya ‘goyang’ bila dakwaan culik hangat diperkatakan. Mulut orang... Sumber cerita pun saya tak tahu dari mana,” katanya lagi.

Menurutnya, beliau sudah berusaha berbincang dengan Mizz Nina tentang urusan penjagaan Musa tetapi gagal.

“Kami sudah berusaha hubungi bekas isteri berhubung soal penjagaan Musa. Saya buang ego demi kepentingan Musa dan beri 150 peratus komitmen untuk duduk berbincang, namun tetap gagal.

“Kami sudah dewasa dan usia pun sudah memasuki 40 tahun. Tiada masa nak gaduh atau berdrama.

“Saya juga sudah hubungi orang sekelilingnya, namun hasilnya tetap sama.

“Misi utama saya mahukan perdamaian dan kedua-dua pihak dapat jaga Musa dan curahkan kasih sayang kepadanya,” katanya.

Beliau tiada niat memisahkan Mizz Nina daripada Musa dan hanya ingin meyakinkan bekas isterinya bahawa Musa juga akan bahagia jika dijaga bersama.

“Saya nak kami dapat hak bersama dan beri yang terbaik sepanjang membesarkan Musa dalam suasana harmoni. Semoga boleh ketepikan ego dan berbincang demi kebajikan Musa,” luahnya lagi.

Diharapkan akan ada jalan penyelesaian buat Musa dijaga bersama Noh dan Mizz Nina yang masing-masing sudah mempunyai ‘orang baru’ dalam hidup mereka.

Mizz Nina kini bersama penyanyi hip-hop, Essam Muhammad manakala Noh pula bernikah dengan peguam, Fatin Athira Mustapa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >