Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nyaman makan bufet antarabangsa sambil nikmati pemandangan

Cawangan baru The Malayan Council di Fullerton Waterboat House penuhi cita rasa eksklusif generasi muda
Jun 09, 2023 | 12:21 PM



Dengan generasi muda Melayu kian berselera menjamu selera di tempat lebih eksklusif dan mewah, pemilik restoran The Malayan Council telah membuka cawangan kelimanya baru-baru ini di tempat yang cukup nyaman, The Fullerton Waterboat House.

Saujana mata memandang melihatkan pemandangan dan hidangan bufet antarabangsa yang lebih dinaik taraf skalanya.

“Konsep cawangan terbaru kami lain daripada cawangan seperti di Dunlop Street yang menawarkan hidangan ala carte ikonik seperti pasta itik lemak cili padi.


“Kini, kami menawarkan bufet antarabangsa yang eksklusif dengan hidangan yang bermutu seperti Wagyu Tomahawk, tiram dan hidangan ekor lembu yang khas di The Malayan Council Fullerton,” kongsi pemilik The Malayan Council, Encik Mohammad Hafiz Salim Alkhatib semasa pembukaan restoran itu.







Cawangan terbaru di The Fullerton Waterboat House menyediakan hidangan pada waktu makan tengah hari, minum teh petang dan makan malam.

“Pihak pengurusan Fullerton menawarkan kami membuka cawangan di lokasi ini. Mungkin mereka memerlukan seseorang yang berpengalaman dalam bidang makanan dan minuman (F&B) untuk menyediakan hidangan bermutu tinggi dan mewah,” tambahnya yang berpengalaman bekerja di pelbagai restoran hotel lima bintang.

Sebelum ini kedudukan restoran itu merupakan kedai cenderamata dengan kos yang tinggi dilaburkan demi pengubahsuaian seperti ekzos dan pemasangan dapur serta keperluan lain.

Encik Hafiz tidak menafikan beliau agak khuatir dengan kos tinggi bagi restoran bufet terbaru ini.

“Tidak sampai setahun restoran kami di Esplanade dibuka dan kami mendapat tawaran baru.

“Tentu sekali harga sewa yang tinggi ini membuat saya agak khuatir. Restoran lain di daerah Fullerton biasanya boleh menampung harga sewa yang tinggi disebabkan penjualan minuman keras (alkohol) yang dijual pada harga yang tinggi,” dedahnya.

Restoran ‘fusion’ itu merupakan antara satu-satunya restoran yang menyediakan hidangan halal di kawasan One Fullerton. Ini diyakini dapat menarik bukan sahaja masyarakat Melayu malah pelancong.

Di cawangan mewah itu, The Malayan Council dapat menampung sekitar 150 hingga 200 pelanggan bagi pelbagai acara seperti acara korporat, majlis perkahwinan atau untuk menikmati sahaja jamuan yang disediakan.







“Kini, The Malayan Council juga dalam proses untuk mendapatkan sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Sebelum ini kami dikenali sebagai restoran yang dimiliki oleh pemilik Muslim. Dengan adanya sijil halal ini, saya harap restoran ini akan lebih makmur,” ujar beliau.

Sebagai penggemar makanan, Encik Hafiz juga sering menjamu selera di pelbagai restoran yang menawarkan bufet hotel terkemuka. Pengalaman peribadinya itulah yang membantu dalam memenuhi cita rasa ramai dan menawarkan bufet lain daripada lain.

“Bagi bufet antarabangsa ini, saya menumpukan kepada mutu bahan-bahan yang digunakan. Sebagai contoh, kami menghidangkan Wagyu Tomahawk, Tiram dan Udang Karang Boston walaupun harganya tinggi,” kata Encik Hafiz yang mementingkan pengalaman pelanggan.

Selain itu, mereka juga mempertimbangkan keperluan pelanggan yang mempunyai sekatan diet yang berlainan.

“Bagi pelanggan vegan, yang hanya makan hasil tumbuhan atau memakan hidangan bebas gluten, mereka boleh membuat tempahan awal tanpa perlu membayar harga tambahan dan kami akan menyediakan hidangan berasingan demi memenuhi keperluan mereka,” tambah Encik Hafiz.

Pemilik restoran yang terkenal itu, ingin terus berhubung dan memahami keperluan pelanggannya yang kian berubah.

“Memandangkan generasi baru lebih cenderung untuk mencuba makanan yang lebih mewah dan eksklusif, kami juga mempertimbangkan golongan berusia yang masih meminati makanan tradisional Melayu dan memenuhi keperluan mereka.”

Cef The Malayan Council, Encik Husaini Adris, telah meluangkan masa hampir enam bulan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Kami meluangkan banyak masa untuk memastikan hidangan kami berlainan daripada cawangan lain. Saya bersyukur kumpulan saya yang berpengalaman dapat menyumbang dalam penghasilan hidangan baru,” katanya.

Antara hidangan yang tersedia pada waktu malam ialah Nasi Hujan Panas, Tandoori Masak Merah, Seafood Beurre Blanc, Beef Short Ribs Bourguignon, BBQ Sotong Bulgogi dan manisan yang digemari ramai seperti kek onde-onde.

Harga bufet antarabangsa itu bermula daripada $62 untuk makan tengah hari, $45 untuk minum teh petang dan $78 untuk waktu malam pada hari bekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >