Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nyanyian bukan keutamaan lagi bagi Shima

Jun 13, 2023 | 04:04 PM



Pada usia 54 tahun dan setelah keadaan kesihatannya yang tidak begitu mengizinkan, menyanyi bukan lagi menjadi keutamaan buat penyanyi dari seberang, Shima.

Disebabkan itu, Shima, atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, yang popular dengan lagu ‘Teringin’ pada 1993, mengambil keputusan melupakan seketika bidang nyanyian dan mengorak langkah mencari rezeki dengan menjual makanan secara dalam talian.

Shima berkata beliau memasak kuetiau sup istimewa, mi jawa, soto ayam dan bakso di rumah dan menjualnya secara dalam talian kepada mereka yang berminat.

“Semua resipi ini saya buat sendiri hasil memerhati individu terdekat antaranya mentua yang pandai masak.

“Saya ada beberapa testimoni daripada beberapa rakan terdekat. Syukur mereka puji hasil masakan saya. Itu yang saya yakin nak jual kepada pembeli,” kata penyanyi popular era 1990-an dari Malaysia itu.

Menurut Shima, mereka yang berminat biasanya menghantar WhatsApp ke nombornya untuk membuat tempahan.

Pembeli juga perlu mengambil sendiri tempahan mereka di Pangsapuri Lestari, Damansara Damai.

Bagi mereka yang tinggal jauh, Shima mengingatkan supaya menguruskan pengangkutan sendiri untuk mengambil makanan dari tempat kediamannya. Buat masa ini, beliau tidak menyediakan khidmat penghantaran makanan.

Sebelum ini, Shima pernah membuka perniagaan makanan, Warung Teringin, yang menjual masakan nasi berlauk pada 2018 bersama suaminya.

Bagaimanapun, perniagaan itu tidak bertahan lama apabila Shima diserang penyakit misteri dan warungnya terpaksa ditutup pada 2019.

Beliau juga ditimpa sakit belakang yang agak serius, sehingga menyebabkannya terpaksa menutup warung buat sementara waktu, selain masalah tulang bengkak dan terpaksa memakan ubat.

Shima akhirnya mengambil keputusan menutup terus Warung Teringin apabila warung terbabit terjejas teruk akibat ribut.

Di samping itu, beliau juga berdepan dengan masalah sakit belakang atau cakera teranjak yang dihidapi sejak 2013, selain terpaksa memakai lampin pakai buang bagi memudahkan urusan hariannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >