OpenAI merancang mengeluarkan ‘Strawberry’, alat kecerdasan buatannya yang memberi tumpuan kepada penaakulan, sebagai sebahagian daripada perkhidmatan ChatGPT-nya dalam dua minggu akan datang.

OpenAI yang diketuai Encik Sam Altman telah mendorong minat baru dan mencetuskan pelaburan besar dalam kecerdasan buatan (AI), sedang perniagaan berlumba-lumba memanfaatkan teknologi yang menguntungkan untuk meningkatkan produk mereka.