Khidmat penerbangan Royal Brunei Airlines kini menawarkan promosi pelancongan hujung minggu 3 hari/2 malam ke Brunei, dengan cogan kata Back To Nature (Kembali Ke Alam Semula Jadi).
Pakej dengan harga bermula $450 untuk dua orang berkongsi satu bilik hotel itu meliputi tambang pesawat Kelas Ekonomi ulang-alik dari Singapura ke Brunei, penginapan dua malam di hotel termasuk sarapan harian dan kenderaan koc ulang-alik dari lapangan terbang ke hotel.
Promosi ini dibuka untuk kembara hingga 31 Mac.
Tempahan penerbangan dan hotel harus dibuat bersama Pejabat Royal Brunei Singapore sekurang-kurangnya lima hari sebelum berangkat.
Pakej ini dikhususkan buat sekurang-kurangnya dua atau lebih penumpang dalam perjalanan.
Tiket yang ditempah hanya boleh digunakan untuk 14 hari selepas tempahan. Sebarang lanjutan penggunaan tiket harus diatur lebih awal.
Hubungi Royal Brunei Airlines Singapore pada talian +65 6228-2833 atau tempah menerusi ejen pelancongan berdekatan atau tempah dalam talian di www.flyRB.com


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg