Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pameran Natas tiga hari di S’pore Expo mulai 28 Feb

Feb 16, 2025 | 5:30 AM
Pameran Persatuan Ejen Pelancongan Nasional Singapura (Natas) akan diadakan dari 28 Februari hingga 2 March di Dewan 4 dan 5, Singapore Expo.
Pameran Persatuan Ejen Pelancongan Nasional Singapura (Natas) akan diadakan dari 28 Februari hingga 2 March di Dewan 4 dan 5, Singapore Expo. - Foto NATAS

Pameran Persatuan Ejen Pelancongan Nasional Singapura (Natas) kembali lagi untuk edisi ke-61 dari 28 Februari hingga 2 Mac di Dewan 4 dan 5, Singapore Expo.

Terdapat lebih 70 pempamer yang mengambil bahagian termasuk ejen pelancongan, di samping syarikat penerbangan, pengendali pelayaran, Pertubuhan Pelancong Kebangsaan (NTO), hotel dan resort, tarikan pelancong dan lain-lain lagi.

Pengunjung boleh mendapati tawaran dan pakej pelancongan hebat sambil menikmati persembahan dan sesi perkongsian oleh pakar industri.

NTO dari Kemboja, Georgia (negara di persimpangan Eropah Timur dan Asia Barat) dan Arab Saudi bakal membuat kemunculan sulung di pameran kali ini.

Mereka yang ingin mendapatkan perlindungan insurans bagi melindungi diri sekiranya kejadian tidak dijangka berlaku, boleh mengetahui lebih lanjut tentang pelan menyeluruh insurans di pameran Natas.

Sempena sambutan SG60, Natas juga akan menyokong badan amal, Dana Masyarakat, menerusi program SGSHARE, yang menyokong individu dan keluarga kurang berkemampuan.

Pengunjung boleh membuat sumbangan derma kepada program tersebut dengan mengimbas kod QR yang tertera di dewan acara atau di reruai Dana Masyarakat.

Pameran tersebut dibuka dari 10 pagi hingga 9.30 malam.

Tiada bayaran dikenakan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman www.natastravelfair.travel/.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg