Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘All Stars Gegar Vaganza’

Panahan lagu cinta bawa HADY MIRZA ke tangga pertama

Juri, penonton terkesima dengan lagu dari hati ke hati pada minggu kedua
Oct 03, 2023 | 05:30 AM



Karisma pentas peserta Singapura, Hady Mirza, memang tidak dapat dinafikan. Apabila beliau pegang mikrofon dan mula menyanyi, ramai yang sudah mengikuti perkembangannya sejak era Singapore Idol (Musim Kedua) dapat mengesan pentas itulah ‘istananya’.


Dalam hati ramai yang mengikuti program All Stars Gegar Vaganza yang disiarkan di Astro Ria setiap Ahad sudah terbetik kata-kata: “Tempat pertama bagi konsert minggu kedua mestilah milik Hady Mirza...”


Sejurus lagu romantis Michael Bolton, How Am I Supposed To Live Without You, berkumandang, secepat kilat juara Asian Idol dan GV6 itu membawa penonton ‘terbang’ ke alam ‘Romantika de Amor’ penuh dengan bunga-bunga cinta yang mekar.


Hady, 43 tahun, yang menyanyi dengan kawalan pentas yang amat baik dan mendapat markah tertinggi sebanyak 79 peratus, memperkenalkan prop meja dan kerusi persis makan malam berkonsepkan ‘fine dining’ sepanjang beliau menyanyi. Ia seakan-akan beliau berdendang dalam satu ‘setting’ penuh romantis dengan tiga pengacara, Jihan Muse, Elly Mazlein dan Nabil Ahmad bersembang sambil makan di situ.

Katanya dalam temu bual sesudah pertandingan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA): “Saya cuba sesuatu yang baru. Ini idea isteri saya bagi mewujudkan kelainan pada persembahan saya. Saya tiada strategi tertentu. Lagu ini antara yang saya gemari. Jadi saya berikan yang terbaik. Ia sesuai dengan warna suara saya dan gaya nyanyian saya.

“Malahan untuk lagu minggu depan, Lemak Manis (lagu tular nyanyian Roslan Madun) pun, belum ada strategi apa-apa sejauh ini yang saya rancang. Kita tunggu nanti.”


Isterinya, Nurjannah Nur Wahid, adalah yang banyak memberinya galakan dan idea dalam setiap persembahan sejak di GV6 lagi. Menurut Hady dalam beberapa wawancara awal, Jannah kini yang menemaninya dan berfikir dengan pasukannya apa yang harus dipersembahkan dalam setiap konsert mingguan.

Dahulu, amanah itu digalas baik ibu Hady, Cik Mardiana Ahmad, yang menjadi ‘orang kuat’ ketika beliau bertanding bagi Singapore Idol. Namun, apabila beliau sudah beristeri dan ibunya pula dikesan menghidap limfoma, tugas itu dijalankan Nurjannah.


Mengulas persembahan Hady pula pada sidang media yang disiarkan secara langsung di YouTube, Datuk Ramli MS berkata:

“Lihatlah nada nyanyian Hady... tinggi benar dan apabila dia menyampaikannya sebagai satu penceritaan kisah dalam lagu, ia tidak semudah yang dibayangkan. Tapi Hady mampu melakukannya dengan baik.”

Syafinaz pula berkata beliau kesan peningkatan yang banyak pada persembahannya kali ini. Ia tidak seperti minggu sebelumnya di mana ada yang tidak kena pada pemilihan lagu meskipun Hady masih berjaya berada di tempat kelima.

“Suara Hady ni bagus dan bertenaga. Dia perlukan lagu yang akan buat dia selesa menyanyi sambil bercerita. Itu faktor yang sampai di hati ramai,” tambahnya.

Mampukah Hady merebut gelaran juara All Stars Gegar Vaganza selepas rebut kemenangan ‘hat trick’ (tiga kali berturut-turut) bagi Singapore Idol, Asian Idol dan GV6?


Beliau harus buktikan ketangkasannya juga sebab empat peserta di bawahnya pada minggu kedua juga bukan calang-calang iaitu Jaclyn Victor, Azharina, Liza Hanim dan Datuk Aishah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >