Panduan keselamatan untuk pengembara S’pura di tengah konflik Timur Tengah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panduan keselamatan untuk pengembara S’pura di tengah konflik Timur Tengah

Nasihat penting dari pakar keselamatan
Mar 4, 2026 | 4:03 PM

Panduan keselamatan untuk pengembara S’pura di tengah konflik Timur Tengah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kepulan asap hitam dilihat berikutan letupan di zon perindustrian Fujairah pada 3 Mac 2026.
Kepulan asap hitam dilihat berikutan letupan di zon perindustrian Fujairah pada 3 Mac 2026. - Foto AFP

Sedang ketegangan memuncak di Timur Tengah, ribuan pelancong mendapati diri mereka terkandas di seluruh rantau Teluk.

Pada 28 Februari, serangan berskala besar oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran mencetuskan tindak balas. Iran melancarkan serangan balas ke atas aset ketenteraan Amerika di negara Teluk, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ini serta-merta melumpuhkan perjalanan udara, menyebabkan gangguan besar di beberapa lapangan terbang paling sibuk dunia, seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Doha.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihati warga Singapura agar menangguhkan semua perjalanan ke Timur Tengah, dan mengeluarkan nasihat perjalanan ke 15 destinasi di sana.

Namun, bagaimana pula nasib mereka yang sudahpun berada di sana?

Berikut panduan daripada Encik Bala Selvam, pengurus keselamatan serantau International SOS, dalam jawapannya kepada Berita Minggu (BM):

Apa yang perlu dilakukan sekiranya serangan berlaku dalam negeri yang sedang dikunjungi?

Jika serangan berlaku, kekal tenang dan buat keputusan berdasarkan risiko sebenar, jangan terburu-buru berpindah.

Walaupun pemindahan sering menjadi keutamaan apabila permusuhan meletus, menuju ke jalan raya semasa letupan, aktiviti dron, atau tembakan artileri boleh menjadi jauh lebih berbahaya.

Dalam banyak situasi, adalah lebih selamat untuk kekal di lokasi selamat sehingga keadaan kembali stabil.

Jika di dalam bangunan, segera cari ruang paling selamat, seperti ruang bawah tanah, tempat letak kereta bawah tanah, atau tingkat paling rendah bangunan kukuh.

Jauhi tingkap dan kaca. Tutup langsir jika boleh untuk mengurangkan risiko kecederaan dari kaca pecah.

Berlindung berhampiran dinding dalaman yang kukuh (tanpa bersandar) boleh beri perlindungan tambahan.

Jika ada bahan, letakkan kepingan plastik atau pita pada tingkap untuk meminimumkan penyebaran serpihan letupan.

Mereka yang berada di luar perlu segera cari perlindungan di bangunan selamat terdekat.

Jika tiada perlindungan segera, berbaringlah rata di tanah yang paling rendah, tutup kepala, dan kurangkan ruang kulit terdedah dengan bahan tidak mudah terbakar untuk mengelak kelecuran dan kecederaan serpihan.

Kesediaan adalah kunci.

Pengunjung dinasihati untuk mempunyai bekalan kecemasan kecil mengandungi air minuman, makanan bertenaga tinggi, ubat-ubatan penting dan keperluan lain yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 24 hingga 48 jam.

Pastikan peranti mudah alih sentiasa dicas penuh, dengan bank kuasa sedia, jika berlaku gangguan elektrik.

Selepas insiden, terus pantau maklumat terkini yang sahih dari sumber dipercayai dan patuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Setelah selamat, hubungi keselamatan atau bantuan perubatan organisasi anda untuk melaporkan status dan dapatkan panduan selanjutnya..

Dengan ketidakpastian perjalanan, apakah persediaan yang perlu saya buat?

Dengan ketidakstabilan dan keadaan perjalanan global yang semakin tidak menentu, pengembara tidak boleh pandang ringan soal keselamatan.

Persediaan awal dan fleksibiliti dalam rancangan adalah langkah penting untuk mengurangkan kesan gangguan mendadak.

Pelancong perlu mulakan dengan menyemak nasihat perjalanan kerajaan.

Nasihat ini menjelaskan kekangan sebenar tentang keselamatan, sokongan konsular, dan pilihan pemindahan.

Jika pihak berkuasa mengesyorkan untuk menangguhkan perjalanan, panduan itu harus dipandang serius.

Pelancong perlu mendaftar dengan MFA sebelum berlepas agar dapat menerima maklumat terkini penting dan mudah dihubungi ketika kecemasan.

Fleksibiliti dalam rancangan perjalanan amat penting.

Memilih tiket penerbangan dan penginapan dengan dasar pembatalan yang boleh dibayar balik atau fleksibel membantu menghadapi penggantungan penerbangan mengejut, penutupan ruang udara, perintah berkurung, atau kelewatan.

Simpanan kecemasan yang tersedia juga dapat mengurangkan tekanan apabila rancangan berubah secara mendadak.

Insurans adalah pertimbangan utama lain.

Pengunjung perlu memastikan insurans perjalanan meliputi pembatalan perjalanan, rawatan perubatan kecemasan, dan pemindahan akibat konflik atau peristiwa geopolitik.

Perlindungan berbeza-beza, dan memahami butiran ini sebelum berangkat adalah kritikal.

Pengunjung juga harus menyimpan salinan fizikal dokumen penting seperti pasport, pengenalan diri, dan nombor hubungan kecemasan.

Membawa peta cetak yang ditanda dengan lokasi utama seperti kedutaan, hospital, dan hab pengangkutan juga berguna sekiranya alat navigasi digital gagal.

Kesimpulannya, persediaan berlandaskan maklumat, fleksibiliti, dan kesedaran adalah benteng terbaik untuk pengunjung kekal selamat dalam tempoh ketidaktentuan global yang memuncak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg