Orang ramai berpeluang menimba pelbagai ilmu kesihatan, menikmati tawaran eksklusif serta membawa pulang pelbagai hadiah menarik sempena acara anjuran SPH Media,The Health & Wellness Bazaar 2026, yang bakal berlangsung pada 29 dan 30 Ogos 2026 ini.

Dianjurkan di Atrium Suntec City (Pusat Konvensyen, bersebelahan Uniqlo) dari jam 11 pagi hingga 8 malam, acara dua hari bertemakan “Where Wellness Comes Alive” dan “A More Vibrant You Starts Here” ini dibuka kepada orang ramai secara percuma.

Peserta berpeluang mendapatkan panduan daripada pakar kesihatan seperti ceramah mengenai kesihatan tulang dan otot oleh Pakar Bedah Ortopedik, Dr Zachary Chua.

Institut Blackmores akan mengongsi panduan pemakanan untuk kekal aktif oleh Cik Ng Pui Kuan. Satu sesi senaman Shadow Boxing akan juga diadakan bersama jurulatih Anytime Fitness.

Satu sesi demonstrasi resipi sihat bagi penjagaan jantung akan diadakan oleh Pakar Dietari Encik Derrick Ong dan Cef Jonathan Wee.

Satu lagi sesi memasak sihat khas akan diadakan bersama Cef Heman (Iron Man Chef). Satu panel perbincangan pemakanan anak “Why Won’t My Child Just Eat?” atau ‘Mengapa anak saya tidak makan?’ bersama pakar dietari Cik Jaclyn Reutens dan wakil Zespri, Cik Nina Yusman.

Seramai 250 pengunjung terawal berpeluang mendapat hadiah eksklusif bernilai $90+ bagi setiap sesi pada jam 11 pagi dan 4 petang setiap hari.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga untuk meluangkan hujung minggu yang bermanfaat.