Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pasangan selebriti kongsi liku jalani IVF untuk dapatkan zuriat

Feb 25, 2024 | 05:30 AM



Setiap kali melihat raut wajah isterinya berduka, pelakon Faizal Rahman, mengaku hatinya remuk dalam kesedihan yang terpaksa disembunyikan demi menjaga hati orang tercinta.

Di sebaik kata-kata perangsang yang diberikan, adakalanya beliau terpaksa menangis keseorangan kerana kecewa.

Begitulah kehidupan seorang suami yang berasa dirinya punca masalah apabila rumah tangga yang dibina berhadapan ujian dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

Faizal, 43 tahun, dan isterinya, pelakon Dawn Prima Ria, 39 tahun, merupakan selebriti tempatan yang juga pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu.

Namun pasangan itu menghadapi cabaran mendapatkan zuriat pertama mereka dan telah melalui beberapa pusingan prosedur rawatan persenyawaan in vitro (IVF) untuk kandungan pertama, dan kandungan kedua yang kemudiannya gugur.

Menurut Dawn, pada awal perkahwinan mereka, beliau mendapati dirinya hamil, namun mengalami kehamilan yang disebut sebagai, chemical pregnancy, berlakunya keguguran tanpa dikesan.


Berikutan itu, pasangan tersebut kerap mengalami tekanan kerana amat menginginkan zuriat.

“Saya mahukan pendapat doktor tetapi pada waktu itu, Faizal tidak bersetuju, mungkin kerana ego,” terang Dawn mengimbau kisah perjalanan mereka.

“Apabila akhirnya mendapat tahu punca sebenarnya ialah mutu air mani yang tidak kuat, ia sangat menghancurkan suami saya.”

Bagi Faizal pula, amat sukar untuk menelan hakikat sepahit hempedu bahawa beliau adalah punca mereka tidak mendapat zuriat.

“Masyarakat masih belum bersifat terbuka untuk bercakap tentang masalah ini. Ramai suami tidak mahu mendapatkan rawatan kerana ego, malu. Mereka perlu faham rawatan awal boleh membantu keadaan dan meningkatkan peluang kehamilan,” terang Faizal.

Beliau juga telah memulakan kumpulan di wadah Telegram, ‘A Brotherhood towards Fatherhood’ untuk membantu para suami yang mengalami isu kesuburan, dan ingin bertanya atau berkongsi pengalaman mereka.


“Mengharungi situasi ini amat sukar buat saya. Setelah kami menjalani IVF, kami berasa banyak tekanan. Setiap kali Dawn melakukan suntikan hormon ke bahagian perut seperti yang diarah doktor, saya juga rasa sakitnya.

“Bila lebam atau berdarah, saya salahkan diri saya, kalau boleh saya ingin mengambil tempatnya,” tambah Faizal yang berkata perasaan yang dialaminya juga dialami bapa lain yang senasib dengannya.

“Ada yang memberitahu saya, mereka menangis sebelum pulang ke rumah, di tempat kerja atau sebagainya. Sampai rumah, mereka terpaksa menunjukkan diri mereka kuat, walhal mereka juga perlukan sokongan moral dan emosi,” tambah Faizal.

Faizal dan Dawn telah melalui IVF sejak 2017 dengan sokongan geran.

Setelah lima pusingan prosedur itu, mereka dikurniakan seorang puteri, Donna Ferdella, pada 2019.

Walaupun berjaya hamil, Dawn meminta izin untuk meninggalkan Faizal buat seketika untuk mendapat ketenangan.

“Apabila saya akhirnya ‘sangkut’ dengan Donna, saya minta izin Faizal untuk pergi ke rumah ibu saya untuk beristirahat. Saya nampak beliau terlalu tertekan dan mengawal gerak-geri saya, kerana terlampau bimbang.”

Keluarga itu baru menyambut hari kelahiran Donna yang kelima tahun pada awal Februari.

Pesta untuk anak tunggal mereka itu disambut dengan meriah, namun pasangan itu juga menanggung kesedihan kerana baru sahaja gagal dalam percubaan untuk mendapatkan adik untuk Donna.

Ketika Dawn hamil empat bulan setelah melalui pusingan IVF bagi anak kedua mereka, kandungan itu berakhir dengan keguguran pada Januari.

“Semakin lama, semakin sukar untuk kami mendapatkan zuriat. Mutu air mani juga semakin lemah menyulitkan percubaan untuk mendapatkan anak lagi.

“Saya terpaksa makan bermacam ubat suplemen untuk membantu isu kesuburan,” jelas Faizal.

“Saya beruntung melalui semua ini didampingi isteri saya yang sangat kuat. Kami akan terus berjuang untuk mendapatkan adik untuk Donna,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >