Tidak ada dalam perancangan mereka untuk menimang cahaya mata pada Hari Tahun Baru tetapi Cik Siti Nur Aqmar Anuar dan Encik Muhammad Firdaus Jalaini gembira menyambut anak perempuan kedua mereka, yang dikandung melalui persenyawaan in-vitro (IVF), hanya 12 minit memasuki tahun baru.
Pasangan itu memberitahu Berita Harian (BH) bahawa bayi mereka, yang dilahirkan melalui pembedahan Caesarean (C-section), ialah bayi pertama yang dilahirkan pada 2024 di seluruh hospital tempatan di bawah kumpulan IHH Healthcare, termasuk Hospital Mount Elizabeth, Mount Elizabeth Novena, Gleneagles, dan Parkway East.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg