Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar Turkey ditahan guna AI tipu peperiksaan masuk universiti

Jun 12, 2024 | 2:08 PM
AI
Pelajar itu menggunakan kamera yang disamar sebagai butang baju dihubungkan dengan perisian kecerdasan buatan (AI) melalui alat yang tersembunyi di tapak kasutnya. - Foto REUTERS

Pihak berkuasa Turkey telah menahan seorang pelajar kerana menipu dalam peperiksaan masuk universiti dengan menggunakan peranti buatan sendiri dengan perisian kecerdasan buatan (AI) untuk menjawab soalan.

Pelajar itu dikesan berkelakuan mencurigakan semasa peperiksaan pada hujung minggu lalu dan ditahan polis, sebelum ditangkap secara rasmi dan dihantar ke penjara sementara menunggu perbicaraan.

Seorang lagi individu yang dikatakan telah membantu pelajar itu turut ditahan.

Video yang dikeluarkan oleh polis di wilayah barat daya bandar Isparta menunjukkan bagaimana pelajar itu menggunakan kamera yang disamar sebagai butang baju dihubungkan dengan perisian AI melalui alat yang tersembunyi di tapak kasut suspek itu.

Dalam satu demonstrasi yang menunjukkan cara sistem berfungsi, seorang pegawai polis mengimbas soalan menggunakan alat tersebut dan berupaya mendapatkan jawapan yang betul, yang dibacakan melalui alat dengar.

Pelancaran alat AI seperti ChatGPT dan chatbot AI lain telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ramai pendidik, yang bimbang perbuatan pelajar menggunakan teknologi untuk menipu dengan menggunakan hasil AI dalam tugas mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg