Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Azhan Rani belum fikir cari jodoh, utama keperluan ibu

Sep 11, 2023 | 05:30 AM



Pelakon berbakat besar Malaysia, Azhan Rani, belum terfikir menamatkan zaman bujang meskipun usianya hampir mencecah 50 tahun.

Memetik Media Hiburan, Azhan berkata fokus utamanya kini hanya untuk menjaga ibunya yang sedang uzur serta kerjaya lakonannya.


Menurutnya, beliau juga mempunyai banyak waktu untuk menjaga ibunya berbanding adik-beradik lain yang sudah berkeluarga.

“Saya tak nak kata itu satu pengorbanan kerana ia merupakan tanggungjawab,” katanya lagi ketika ditemui pada tayangan perdana filem, Tebus the Movie yang berlangsung di GSC, The Starling Mall, Petaling Jaya, baru-baru ini.


Pada masa sama, pelakon berusia 47 tahun itu juga mengakui tidak kisah untuk berhadapan dengan orang di sekeliling yang kerap bertanyakan tentang jodohnya.

“Saya meraikan sahaja pertanyaan mereka kerana saya faham mereka cuma prihatin terhadap diri saya. Saya tak sunyi pun. Saya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Saya ada kucing dan ibu yang menemani hari-hari saya,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, Azhan turut mendedahkan dirinya ada menerima beberapa mesej di media sosial daripada wanita-wanita yang mahu berkenalan dan ada juga yang mahu mengajaknya untuk terus berkahwin.

“Kalau saya bagi tahu, bunyinya macam angkuh pula nanti. Memang ada juga yang hantar mesej di media sosial ajak berkenalan.

“Tapi ketika ini, saya takut juga sebab ada yang terus ajak berkahwin padahal saya tak kenal pun. Fasal duit pun saya pernah kena tipu, inikan pula hal kahwin.

“Nanti bila berjumpa, gambar di media sosial lain, bila secara berhadapan lain pula. Saya pun tak tahu niatnya serius atau tidak,” katanya lagi.

Ditanya mengenai ciri-ciri wanita yang ingin dijadikan isteri, Azhan memaklumkan beliau terima sahaja jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah swt.


“Mengenai status bakal isteri janda atau anak dara, mestilah saya kisah. Ingat saya tiada taste ke?


“Sebenarnya saya tak pernah fikir secara detail pun mengenai hal ini. Soal jodoh ini, semua Allah yang tentukan. Kalau esok atau lusa saya dipertemukan jodoh, saya terima sahaja,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >