Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon drama Korea ‘Snowdrop’ maut setelah jatuh tangga

Jun 14, 2023 | 04:51 PM



Bintang drama Korea, Snowdrop, Park Soo Ryun disahkan meninggal dunia selepas terjatuh tangga berhampiran kediamannya ketika pulang bekerja, pada 11 Jun lalu.


Mengikut laporan portal Soompi, keluarga mengesahkan pemergian Park selepas pelakon berusia 29 tahun itu dikatakan koma selepas tragedi malang hingga menyebabkan otak gagal berfungsi, sebelum disahkan meninggal dunia pada tengah hari.


Susulan kematian dan sebagai menghormati anaknya, ibu bapa pelakon berkenaan membuat keputusan menderma organ lainnya yang masih berfungsi.

Bercakap kepada agensi, ibunya memberitahu hanya otaknya sahaja yang tidak berfungsi, manakala jantungnya masih lagi berdenyut.

“Pasti ada insan yang amat memerlukan organ. Sebagai ibu dan bapa, kami rasa tenang sekiranya organnya diberikan kepada insan yang memerlukan, “ katanya.

Sebelum kemalangan itu, Park sepatutnya ke Pulau Jeju, pada Isnin untuk membintangi drama muzikal terbarunya.

Selain itu, Park tampil di beberapa muzikal lain seperti Finding Kim Jong Wook, Passing Through Love, Siddharta dan The Day We Loved.

Menerusi drama bersiri Snowdrop, Park berpeluang berlakon di samping Jisoo Blackpink dan Jun Hae In.

Malah, Park cukup teruja berkongsi banyak foto bersama Hae In dalam akaun media sosial dengan menulis kapsyen memuji pelakon senior itu kerana terus bersama mereka sehingga ke akhir penggambaran.

Drama bersiri yang ditayangkan pada penghujung 2021 itu menjadi ‘trending’.

Acara penghormatan terakhir Park diadakan di Hospital Suwon, Pusat Perubatan Daerah Gyeonggi, manakala upacara pengebumian dilaksanakan pada pagi Selesa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >