Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Ezzanie Jasny cedera dalam kemalangan jalan raya

Jan 12, 2026 | 2:09 PM
Pelakon Ezzanie Jasny terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama kedua ibu bapanya, dipercayai pada malam 11 Januari. Bagaimanapun, beliau tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai lokasi atau punca kemalangan berkenaan.
Pelakon Ezzanie Jasny terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama kedua ibu bapanya, dipercayai pada malam 11 Januari. Bagaimanapun, beliau tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai lokasi atau punca kemalangan berkenaan. - Foto INSTAGRAM EZZANIE JASNY

KUALA LUMPUR: Pelakon Ezzanie Jasny, 27 tahun, terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama kedua ibu bapanya, dipercayai pada malam 11 Januari.

Menurut pelakon drama Dia Bukan Syurga itu, beliau bersyukur kerana kedua ibu bapanya terselamat dalam kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, Ezzanie memaklumkan keadaannya masih belum pulih sepenuhnya kerana mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

“Saya terbabit dalam kemalangan bersama ibu bapa saya semalam.

“Alhamdulillah, ibu bapa saya selamat, tetapi keadaan saya belum baik sepenuhnya.

“Saya mengalami kecederaan pada kepala dan masih tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story, lapor BH Online.

Menurut Ezzanie, beliau masih menunggu keputusan pemeriksaan doktor yang dijadualkan pada pagi 12 Januari.

Menerusi perkongsian sama, pelakon itu turut memohon doa orang ramai agar beliau dan keluarganya diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

Bagaimanapun, Ezzanie tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai lokasi atau punca kemalangan berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg