Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon filem ‘Parasite’, Lee Sun-Kyun, selebriti Korea terkini mati mengejut

Dec 28, 2023 | 4:40 PM
MATI MENGEJUT: Lee Sun-Kyun ditemui mati dalam keretanya dan dipercayai membunuh diri selepas terdedah berita beliau disiasat kerana penyalahgunaan dadah.
MATI MENGEJUT: Lee Sun-Kyun ditemui mati dalam keretanya dan dipercayai membunuh diri selepas terdedah berita beliau disiasat kerana penyalahgunaan dadah. - Foto AFP

Pelakon Korea Selatan, Lee Sun-kyun, yang terkenal di serata dunia menyusuli tayangan filem yang memenangi Anugerah Academy, Parasite, merupakan selebriti terkini negara itu yang meninggal dunia secara tragik pada 27 Disember.

Lee, 48 tahun, ditemui mati dalam keretanya dan dipercayai membunuh diri selepas terdedah berita beliau disiasat kerana penyalahgunaan dadah.

Isterinya, Jeon Hye-jin, 47 tahun, seorang pelakon dan bekas peserta peraduan ratu cantik Miss Korea, menghubungi polis setelah menemui sepucuk nota bunuh diri.

Mayat Lee ditemui di tempat meletak kereta sekitar Seoul, lapor agensi berita Reuters.

Lee dilaporkan sedang disiasat polis atas dakwaan mengambil ganja dan serbuk yang dipercayai merupakan ketamin, sebagaimana yang disahkan seorang pelayan di bar mewah yang dikunjunginya.

Pelayan itu mendakwa dadah diambil di rumah Lee.

Kematian tragik Lee adalah yang terkini dilaporkan dalam kalangan selebriti Korea yang sejak akhir-akhir ini memutuskan untuk menamatkan nyawa mereka dek dibelenggu pelbagai masalah yang dikatakan bersangkutan dengan krisis kesihatan mental yang kian meningkat di negara itu.

Ia malahan dianggap seperti satu sumpahan buat selebriti terkenal di Korea kerana ramai yang meninggal dunia pada 2023 di puncak jaya, sama ada dalam kemalangan atau pembunuhan ngeri mahupun tindakan membunuh diri.

Antara yang disenaraikan laman web, Daily Mail Online, termasuk pelakon drama Korea Disney+, Snowdrop, Park Soo Ryun, 29 tahun, yang meninggal dunia pada Jun selepas terjatuh dari tangga.

Beliau dikejarkan ke hospital bagi rawatan kecemasan tetapi disahkan sudah mati otak walaupun banyak percubaan dilakukan bagi menyedarkannya.

Keluarganya telah mendermakan organnya kepada golongan memerlukan sebagai tanda Park ‘hidup’ untuk memberi harapan kepada beberapa individu yang selama ini menderita.

Pelakon Jung Chae-yul, 26 tahun, pula meninggal dunia pada April dalam satu kejadian misteri.

Pelakon drama, Zombie Detective itu ditemui mati di rumahnya di kala ramai menantinya melakonkan drama baru, Wedding Impossible.

Mayat deejay K-Pop, BJ Ahyeong, 33 tahun, yang mempunyai 500,000 pengikut Instagram pula ditemui dalam keadaan lebam dan dibalut dengan permaidani merah di wilayah Kandal pada 6 Jun.

Menurut polis, lehernya didapati patah.

Polis Kemboja memberkas dan mendakwa pasangan China atas kesalahan membunuh dan mendera BJ Ahyeong yang kali terakhir dilihat mengunjungi klinik perubatan pasangan itu.

Lai Wenshao, 30 tahun, dan temanitanya, Cai Huijuan, 39 tahun, memberitahu polis mereka telah membiarkan mayat BJ Ahyeong di situ selepas beliau mengalami sawan dan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di klinik itu pada 4 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg