Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon ‘Friends’ hargai saat indah bersama mendiang Matthew Perry

Oct 31, 2023 | 3:54 PM
KENANGAN BERSAMA TETAP DIINGATI: Mendiang Matthew Perry (tiga dari kiri) bersama rakan-rakan dalam siri drama ‘Friends’ iaitu (dari kiri) David Schwimmer, Lisa Kudrow, Courteney Cox Arquette, Jennifer Aniston dan Matt LeBlanc semasa Anugerah Emmy 2002.
KENANGAN BERSAMA TETAP DIINGATI: Mendiang Matthew Perry (tiga dari kiri) bersama rakan-rakan dalam siri drama ‘Friends’ iaitu (dari kiri) David Schwimmer, Lisa Kudrow, Courteney Cox Arquette, Jennifer Aniston dan Matt LeBlanc semasa Anugerah Emmy 2002. - Foto REUTERS

Mereka merupakan sahabat di luar dan dalam siri drama popular, Friends.

Beberapa hari selepas kematian mengejut pelakon drama itu, Matthew Perry, pada Ahad, rakan seninya dalam sitcom itu, Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc dan David Schwimmer, memberitahu majalah People dalam satu kenyataan bersama betapa terkejut dan sedihnya mereka.

“Kami rasa benar-benar kehilangan Matthew. Kami lebih daripada setakat rakan lakonan dalam siri Friends. Kami sebuah keluarga besar. Ada banyak untuk diperkatakan tetapi buat masa ini, kami meratap pilu dan cuba menenangkan hati atas kehilangan yang tidak kami duga ini.

“Dalam masa terdekat, kami akan mengulas lanjut pada masa kami mampu melakukannya. Buat masa ini, ingatan dan kasih sayang kami buat keluarga, sahabat karib dan siapa sahaja yang mencintai Matthew di serata dunia,” jelas kenyataan itu yang turut disertakan dengan tanda tangan Aniston, Cox, Kudrow, LeBlanc dan Schwimmer.

Bagi tempoh 10 tahun, Perry membawa watak Chandler Bing dalam drama komedi Friends yang membawa pada pencalonan Anugerah Emmy 2002.

Penjana drama tersebut, Marta Kauffman dan David Crane serta penerbit eksekutif, Kevin Bright, turut serta mengeluarkan kenyataan itu.

“Kami terkejut dan sangat sedih di atas pemergian Matthew. Macam tak percaya. Kami hanya mampu berkata bahawa kami rasa bersyukur mengenalinya sebagai sebahagian perjalanan seni kami. Beliau adalah bakat yang bijak.

“Dalam pada itu, klise untuk menyatakan seorang pelakon menjadikan wataknya itu sebahagian daripada hidupnya tetapi dalam kes Matthew, itulah kebenarannya.

“Dari hari kami mula mengetahui beliau membawa peranan Chandler Bing, kami rasakan tiada orang lain yang sesuai membawakan watak itu. Hanya Matthew Perry sahaja,” tambah kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg