Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon M’sia, Ezzanie Jasny cedera dalam nahas jalan raya

Jan 12, 2026 | 2:09 PM
Ezzanie Jasny, kemalangan jalan raya
Pelakon, Ezzanie Jasny, terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya, pada malam 11 Januari. Bagaimanapun, beliau tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai lokasi atau punca nahas berkenaan. - Foto INSTAGRAM EZZANIE JASNY

Pelakon Malaysia, Ezzanie Jasny, 27 tahun, terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya, dipercayai pada malam 11 Januari.

Menurut Ezzanie atau nama sebenarnya, Nur Ezzanie Sherazade Jasny, beliau bersyukur ibu bapanya terselamat dalam kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, pelakon drama, Dia Bukan Syurga, itu memaklumkan keadaannya masih belum pulih sepenuhnya susulan kecederaan di kepala.

“Saya terbabit dalam kemalangan bersama ibu bapa saya semalam (11 Januari).

“Alhamdulillah, ibu bapa saya selamat, tetapi keadaan saya belum baik sepenuhnya.

“Saya mengalami kecederaan di kepala dan masih tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story, lapor BH Online.

Menerusi perkongsian yang sama, pelakon itu turut memohon doa orang ramai agar beliau dan keluarganya diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

Bagaimanapun, Ezzanie tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai lokasi atau punca kemalangan berkenaan.

Beliau yang memulakan kerjaya seni pada 2019 dikenali menerusi drama, Cinta Non Grata, Layang Layang Perkahwinan dan Kuih Muah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg