Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Park Min Young lelah kenang cinta lama

Bintang drama ‘Marry My Husband’ sanggup turunkan
37 kilogram untuk bawa watak pesakit barah yang dicurangi
Jan 11, 2024 | 05:30 AM



Pelakon drama Korea, Park Min Young, lelah memikirkan tentang kesudahan hubungan cintanya dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) platform pertukaran mata wang kripto terbesar Korea Selatan, Bithumb, Kang Jong Hyun, yang disiasat polis kerana terbabit dalam kegiatan haram dua tahun lalu.

“Saya penat secara fizikal dan mental. Saya juga menyesal saban hari menjalin hubungan dengannya,” ujar Park, 37 tahun, sewaktu menghadiri satu sidang media drama terbarunya, Marry My Husband, yang disiarkan di wadah penstriman Amazon Prime, pada awal Januari 2024.


Inilah kali pertama pelakon jelita itu menyentuh tentang kesudahan hubungannya dengan Kang yang diputuskan pada 2022.

Menurut Park, beliau perlu menjalani rawatan psikiatrik kerana fikirannya yang bercelaru ketika itu.

Hubungan Park dan Kang disahkan putus oleh agensi pengurusan Park pada September 2022, dua hari selepas orang ramai ketahui tentang percintaan mereka yang tersiar di akhbar.

Kang kemudian ditangkap pada awal 2023 atas dakwaan menggelapkan dan memanipulasi pasaran, lapor agensi berita, Yonhap.


Menyusuli penangkapan Kang, Park pula diminta melaporkan diri ke balai polis untuk disiasat mengenai kemungkinan beliau terlibat dalam kegiatan haram Kang.

Menurut akhbar, The Korea Herald pula, tumpuan polis adalah untuk menyelongkar jika Park meraih keuntungan daripada segala urus niaga haram syarikat Kang atau anak syarikatnya.


Park dikatakan menafikan segala dakwaan beliau terlibat dalam kes itu meskipun terdapat khabar angin yang menyatakan Kang menghadiahkan Park kereta dan barangan mewah lain dengan wang yang digelapkan itu.

Pada sidang media tersebut, Park meminta maaf kepada peminatnya dan berjanji akan membaiki dirinya sebagai seorang pelakon.

“Sejak dahulu lagi saya mahu jadi seorang pelakon yang boleh orang ramai banggakan sepanjang kerjaya saya yang mencecah hampir 20 tahun.

“Saya amat menyesal. Saya ingin kembali sebagai Park Min Young yang anda kenal sebelum ini,” katanya.

Park mula dikenali dalam industri hiburan Korea pada 2005 melalui iklan untuk pengendali telekomunikasi wayarles Korea, SK Telecom.

Pada 2006, beliau melancarkan kerjaya lakonannya dan dengan pantas dikenali ramai.

Antara kerja seninya yang dipuji ramai ialah siri televisyen, High Kick!, Sungkyunkwan Scandal dan What’s Wrong With Secretary Kim.


Dalam pada itu, Park juga menceritakan tentang cabaran yang dihadapi sebagai persiapan untuk watak pesakit barah dalam drama, Marry My Husband, yang turut dibintangi Song Ha Yoon dan Lee Yi Kyung.


Drama itu mengisahkan tentang wanita yang melihat sendiri kecurangan suaminya dengan sahabat baiknya. Mereka membunuhnya tetapi wanita itu kembali hidup dalam satu kembara masa untuk mengubah masa depannya dan membalas dendam.

“Saya perlu susutkan badan saya sebanyak 37 kilogram! Saya banyak menari dan kurangkan makanan yang biasa saya makan.

“Ia bukan sahaja untuk jadi pesakit barah malah bagi menggambarkan penderitaan emosinya. Saya sanjung watak ini yang cekal. Justeru, saya potong rambut saya sependeknya untuk tunjukkan transformasi watak ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >