Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon siri Netflix, ‘Hollywood’ kini Superman baru

Jul 04, 2023 | 06:10 PM



Bintang Amerika Syarikat yang kian popular, David Corenswet, bakal menyarung seragam adiwira kegemaran ramai, Superman, jelas pengarah James Gunn baru-baru ini.

Corenswet, 29 tahun, yang sebelum ini dikenali menggalas watak utama siri Netflix baru berjudul Hollywood akan mengambil alih peranan watak adiwira ikonik itu bagi filem Superman: Legacy yang bakal diterbitkan syarikat Warner Bros pada 2025.


Berita itu kali pertama dilaporkan akhbar-akhbar Hollywood, yang juga mendedahkan bahawa Rachel Brosnahan, bintang siri komedi yang telah memenangi Anugerah Emmy The Marvelous Mrs Maisel, bakal melakonkan watak Lois Lane.


“Tepat! (Mereka berdua bukan sahaja pelakon yang luar biasa, bahkan baik orangnya),” tulis Gunn di Twitter.

Superman adalah tokoh budaya pop berprofil tinggi di Hollywood.

Watak Superman sebelum ini pernah dimainkan oleh Christopher Reeve, Brandon Routh dan terkini, Henry Cavill.

Pelakon Britain, Cavill, bintang filem Superman seperti Man of Steel pada 2013, telah kembali secara ringkas melakonkan peranan Superman untuk adegan pascakredit filem Black Adam pada 2022.


Pada 2022 juga, Warner telah mempunyai kepimpinan baru selepas bergabung dengan Discovery.

Gunn, yang juga pengarah filem Guardians of the Galaxy, ditugaskan bagi semua filem yang terikat dengan komik ‘superhero’ DC bersama penerbit Aquaman, Peter Safran.


Kedua-dua mereka diberi tanggungjawab untuk menggiatkan semula filem-filem DC, yang telah ketinggalan berbanding filem Marvel yang menjadi saingan dan telah melalui beberapa kegagalan dari segi penerimaan penonton termasuk filem The Flash.


Mereka dengan cepat memberi arah tujuan baru bagi francais itu dan sibuk menyusun semula watak Superman.

Corenswet juga telah terlibat dalam siri Netflix, The Politician, drama HBO, We Own This City, dan filem seram, Pearl.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >