Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pengarah ‘The Flash’ tiada isu dengan pelakon utama bermasalah mental

Jun 09, 2023 | 03:00 PM



Walaupun pelakon Ezra Miller yang membawakan watak adiwira The Flash menimbulkan banyak masalah dan kontroversi, pengarah filem itu, Andy Muschietti, tetap memujinya kerana bakat yang dimiliki.

Laman MovieWeb melaporkan selepas beberapa kali ditangkap polis, Miller jujur untuk menyatakan beliau meminta maaf dan akan mendapatkan bantuan profesional bagi isu kesihatan mindanya.


Sejak itu, Miller banyak mendiamkan diri dan enggan terjebak dengan banyak masalah lain. Kerana dirinya terlibat dalam filem yang dijangka ‘pecah panggung’, wujud warganet yang tidak begitu senang beliau dilibatkan dalam filem itu.

Bagi Muschietti, bagaimanapun, tiada masalah bekerjasama dengan Miller dengan beliau menghargai setiap detik bersama pelakon itu.

“Saya tetap menganggap Miller sebagai pelakon yang hebat berdasarkan rekod kerjanya dalam filem terdahulu. Kami bertemu dan saya lagi teruja sebab beliau lucu orangnya.

“Kerana itu, filem The Flash ini hidup dengan humor. Apabila Miller membawa dua peranan sekali gus sebagai Barry Allen yang lebih matang dan Barry Allen yang masih remaja, saya kagum beliau mudah bertukar-tukar watak tanpa ada kegenjotan,” ujar Muschietti.


Selama enam bulan bekerjasama, Muschietti dapati Miller seorang karyawan filem yang komited dan profesional.

“Saya rasa beliau adalah pelakon yang memudahkan tugas saya. Dari segi disiplin dan senda guraunya, beliau menjadikan set penggambaran kami itu lebih menyeronokkan.

“Selama ini, Ezra lebih terlibat dalam filem bebas lebih artistik. Kali ini, beliau berlakon sebagai adiwira yang saya harap dapat lebih memperkasa kebolehannya secara menyeluruh,” tambah Muschietti.

Sebelum ini, Miller telah dua kali diberkas kerana mencekik orang yang tidak dikenali di Iceland. Beliau juga telah dua kali ditangkap di Hawaii kerana menyerang orang dan mencuri arak di rumah seorang jirannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >