Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon S’pura, Haslinna Jamaan, menghilang akibat barah

Nov 06, 2023 | 10:32 AM



Kalau dulu giat berlakon, aktif dalam pelbagai aktiviti budaya, rajin melakukan senaman di samping bekerja sepenuh masa, kini seakan semua itu terhenti seketika.

Nama Haslinna Jamaan, 42 tahun, memang tidak asing dalam kalangan peminat drama tempatan. Wanita jelita ini sering mewarnai drama tempatan di Suria dan juga saluran Inggeris, Channel 5.

Pada April lalu, beliau dikejutkan dengan berita yang tidak diduganya.

Beliau disahkan menghidap penyakit barah buah dada yang agresif yang dikenali sebagai ‘Triple Negative Breast Cancer’ (TNBC).

“Sejurus mendapat tahu saya menghidap barah buah dada tahap ketiga, saya terus buat wasiat.

“Hati suami dan anak saya juga hancur mendengar berita itu. Memburukkan keadaan itu, seorang yang saya kenali juga baru tewas akibat TNBC, jadi berita itu sangat mengejutkan saya…” kata Haslinna yang mengaku seakan tidak percaya perkara itu berlaku kepadanya.

Haslinna menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) tentang ‘kehilangan’ secara tiba-tiba daripada persada seni. Beliau mengaku belum sihat sepenuhnya dan sedang menjalani rawatan kemoterapi.


“Walaupun saya jatuh sakit, saya tidak boleh menerima kenyataan itu dan cuba hidup seperti biasa tetapi rawatan kemoterapi memberi kesan sampingan seolah-olah tulang saya dipatahkan seribu.

“Saya hanya mampu terlantar dan tidak boleh berjalan atau bercakap. Itu pun terlalu sakit bagi saya…” tambah ibu anak satu itu.

“Bila rambut saya mula gugur, itulah yang paling pedih buat saya. Rambut adalah mahkota seorang wanita,” kata beliau yang selalu kelihatan anggun dengan rambutnya yang ikal mayang dan panjang.

“Ibu, suami dan anak saya tidak pernah beritahu keadaan saya yang sebenar. Bila saya lihat cermin di kedai gunting rambut, baru lah tahu banyak keguguran di bahagian atas kepala saya, terus saya minta rambut saya dicukur sepenuhnya.”

Menurut Haslinna, keguguran rambut hanyalah satu daripada kesan sampingan yang lebih teruk, malah kemoterapi boleh menjejas buah pinggang dan hati juga. Setakat ini beliau mengaku mengalami pertambahan berat badan, kehilangan deria rasa, rasa panas dan macam-macam lagi.

Haslinna juga berkongsi kepada wartawan yang beliau baru saja mendirikan rumah tangga untuk kali kedua pada Februari 2021 lalu dengan seorang pemuzik, Encik Dharmawan Supari, 45 tahun.

“Suami saya ada kerja tetap di siang hari, tetapi beliau akan menemani saya pada hari-hari yang saya perlu membuat rawatan kemoterapi, dan akan tolong masakkan saya juga,” kata Haslinna mengenai suaminya itu.

Haslinna berkongsi masih banyak lagi yang beliau ingin lakukan bersama keluarganya seperti melaksanakan ibadah haji, merantau ke Paris atau Hollywood, melihat anak bujangnya tamat pengajian dan banyak lagi.

Anaknya Danial Mohamed Nazim, 17 tahun, juga seorang pelakon dan sedang menduduki  peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ tahun ini.

Apabila ditanya perbezaan dirinya dahulu dan kini, Haslinna berkata dugaan berat ini membuatnya mengutamakan yang penting dalam kehidupan, dan menghargai setiap kebaikan yang ditunjukkan kepadanya, terutama oleh keluarga dan teman-teman rapat.

Beliau juga berkata kini amat menghargai setiap detik hidup dan lebih cenderung menjaga kesihatan selepas tragedi ini.

“Kalau dulu saya tidak berapa ambil berat tentang kesihatan, tetapi sekarang sebelum membeli sesuatu, saya akan baca setiap bahan-bahan dalam sebuah produk sebelum membelinya. Saya ingin melindungi keluarga saya daripada kimia yang boleh membahayakan mereka, jadi saya lebih berhati-hati kini,” katanya.

Apabila ditanya sama ada beliau akan berlakon lagi setelah pulih nanti, beliau hanya menjawab:

“Saya ingin sekali, tetapi saya tidak pasti. Saya ingin mencari diri saya dulu, saya tidak tahu siapa saya nanti setelah menjalani kemoterapi.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >