Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon veteran Connie masih lemah susuli ginjal bernanah, jangkitan paru-paru

Aug 21, 2023 | 12:00 PM



 Anak pelakon Connie atau Norlida Ahmad, Ally Marish Afrina Abdullah, menyatakan bahawa ibunya berada dalam keadaan sedar tetapi masih lemah dan menahan sakit pada bahagian kiri pinggangnya kini.

“Ummi belum boleh bangun dan duduk pun sekejap saja,” kata Ally, 24 tahun, kepada Harian Metro menerusi pesanan WhatsApp.


Ally yang juga anak tunggal pelakon era 1980-an, Connie, 64 tahun, bagaimanapun, menambah keadaan terkini kesihatan ibunya masih tiada sebarang perubahan.

“Buat masa sekarang tiada apa-apa perubahan. Esok atau lusa, baru nak dibuat pemeriksaan Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) oleh pihak hospital dan dapatlah keputusannya. Insya-Allah, saya akan kongsikan keputusan pemeriksaan itu dan perkembangan Ummi. Mohon doakan kesihatan Ummi saya akan pulih dan dia sembuh semula,” kata Ally lagi.

Terdahulu, penggiat seni lain berkongsi berita sedih mengenai Connie yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban kerana mengalami masalah buah pinggang bernanah dan jangkitan kuman pada paru-paru serta darah sejak seminggu lalu.

Sebelum ini, Ally turut memaklumkan keadaan ibunya yang menerima rawatan di wad biasa HTJ, masih sangat lemah kerana tiada selera makan dan dalam kesakitan. Difahamkan juga dengan keadaan kesihatannya itu, doktor tidak menggalakkan Connie menerima pelawat kerana masih berada dalam pemantauan.

Connie pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, kerana tekanan darah rendah dan jangkitan kuman di buah pinggang pada 2018.

Beliau yang pernah mencipta nama dalam filem Tujuh Biang Keladi, Bujang Lapok Kembali Daa, Suara Kekasih, Guru Badul dan Sumpahan Mahsuri, merupakan antara pelakon popular 1980-an.


Connie yang mula berlakon pada 1984 dan berasal dari Kuala Lumpur, pernah memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 1989 dan Pelakon Pembantu Filem Popular di ABPBH 1990.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >