Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelancong perlu bayar untuk lihat kincir angin Belanda mulai 2026

May 18, 2025 | 5:30 AM
amsterdam, zaanse schans, zaandam, pelancong
Pelancong akan dikenakan bayaran 17.50 euro ($25.50) untuk melawat Zaanse Schans di Amsterdam, menurut majlis bandar di Zaandam. - Foto FACEBOOK EDWIN JONKERS

Bayaran masuk akan dikenakan bagi kunjungan untuk melihat kincir angin Belanda yang terkenal di Zaanse Schans, Amsterdam, mulai 2026.

Pelancong akan dikenakan bayaran 17.50 euro ($25.50) untuk melawat tapak tersebut, menurut majlis bandar di Zaandam, di tengah-tengah keprihatinan mengenai kesan pelancongan yang berlebihan.

Kincir angin Zaanse Schans di bahagian utara Amsterdam itu merupakan salah satu tarikan pelancong paling popular di negara tersebut.

Anda boleh melihatnya di kawasan warisan akses terbuka yang dihiasi rumah kayu hijau dan kedai kraf tangan, yang kesemuanya membawa pengunjung lebih dekat kepada kehidupan abad ke-18 dan ke-19.

Pelancong boleh masuk ke muzium, kilang keju atau kedai roti di mana biskut baru dibuat.

Ramai yang mengayuh basikal, menaiki bot atau berjalan-jalan dan menjamah penkek Belanda yang dimasak di sana.

Pada 2024, kira-kira 2.6 juta pengunjung telah ke kawasan kediaman itu yang menempatkan rumah dan kincir angin menakjubkan.

Ia terletak di perbandaran Zaanstad.

Kincir angin dan bangunan kayu bersejarah itu telah dibina semula pada 1963 dan muzium telah ditambah sejak itu.

Walaupun pengunjung dari seluruh dunia melawat kejiranan itu setiap hari, masih terdapat penduduk yang tinggal di sana.

Sedang ia menjadi semakin popular, ramai yang prihatin tentang kesan pelancong di tapak tersebut.

Kawasan itu berdepan dengan kekurangan dana untuk memelihara warisan kebudayaannya, kata pegawai tempatan.

Sedang majlis perbandaran masih perlu meluluskan saranan untuk mengenakan bayaran, tanpa sokongan, warisan ini akan pupus dalam lima hingga tujuh tahun, kata ahli majlis, Encik Wessel Breunesse. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg