Peluang terakhir cuba bufet istimewa sempena Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peluang terakhir cuba bufet istimewa sempena Ramadan

Nikmati hidangan cef selebriti, masakan Thai, makanan laut segar dan potongan daging lembu iaitu ‘gyukatsu’ halal pertama S’pura
Mar 13, 2026 | 1:27 PM

Peluang terakhir cuba bufet istimewa sempena Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
cef bob, J65, JEN Singapore Tanglin
Cef selebriti, Cef Bob, bekerjasama dengan restoran J65 di JEN Singapore Tanglin by Shangri-La. Antara hidangan istimewa yang diketengahkan termasuk ‘Roasted Whole Lamb Hyderabad Dum Briyani’ dan udang Madura. - Foto JEN SINGAPORE TANGLIN

Beberapa restoran di Singapura menawarkan pelbagai pilihan bufet Ramadan dan menu istimewa bagi memenuhi keinginan orang ramai yang ingin berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan apabila berbuka puasa.

Sempena minggu terakhir kita berpuasa, Kaki Makan mencadangkan beberapa tempat menjamu selera. Berikut antara yang boleh dicuba:

J65, JEN Singapore Tanglin by Shangri-La

Di restoran J65, pengunjung boleh menikmati bufet makan malam Ramadan istimewa, yang menampilkan hidangan daripada cef selebriti jemputan, Cef Bob, atau nama penuhnya, Encik Shahrizal Salleh.

Tarikan utamanya termasuk Roasted Whole Lamb Hyderabad Dum Briyani, dimasak dengan rempah-ratus harum, serta hidangan laut panggang seperti udang dan sotong yang disediakan secara langsung di stesen memasak.

Cef Bob turut memperkenalkan beberapa hidangan istimewa seperti udang bakar Madura, kerabu ikan tongkol, ekor lembu goreng dengan kicap manis dan mantou (roti ban kukus) dengan kaya durian.

Selain itu, terdapat pelbagai hidangan lain seperti laksa Singapura, mi daging, ikan masak asam pedas, ikan masak lemak cili api serta pelbagai pilihan nasi goreng.

Bufet itu ditawarkan hingga 19 Mac, pada harga $98++ bagi dewasa; dan $49++ bagi kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun.

Peppermint, Parkroyal Collection Marina Bay

Restoran Peppermint di Parkroyal Collection Marina Bay menawarkan hidangan Thailand yang jarang ditemui di Singapura, ‘Pu Phad Phong Kari’, iaitu ketam yang dimasak bersama kari dan telur.
Restoran Peppermint di Parkroyal Collection Marina Bay menawarkan hidangan Thailand yang jarang ditemui di Singapura, ‘Pu Phad Phong Kari’, iaitu ketam yang dimasak bersama kari dan telur. - Foto PARKROYAL COLLECTION MARINA BAY

Sementara itu, restoran Peppermint di Parkroyal Collection Marina Bay, memperkenalkan pengalaman menjamu selera bertema masakan Thailand yang boleh dinikmati sepanjang Ramadan hingga sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bufet itu mengetengahkan pelbagai hidangan Thai dengan gabungan rasa pedas, masam, manis dan berempah.

Antara hidangan yang boleh dinikmati ialah Tom Yum Talay, sup makanan laut yang harum dengan serai, lengkuas dan daun limau purut, serta Gaeng Khua Sapparod, kari nanas bersama udang harimau.

Turut disajikan ialah Pu Phad Phong Kari, iaitu ketam yang dimasak bersama kari dan telur, serta Hoi Tod, makanan jalanan popular Thai yang menampilkan kupang goreng rangup.

Bagi pencuci mulut, hidangan klasik seperti Mango Sticky Rice, Loob Choob dan Red Ruby turut disediakan bagi melengkapkan pengalaman menjamu selera.

Bufet di Peppermint ditawarkan pada harga antara $72++ dengan $112++ bagi dewasa dan antara $36++ dengan $56++ bagi kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun, bergantung pada waktu makan tengah hari atau makan malam serta hari bekerja atau hujung minggu.

Mutiara Seafood

Hidangan ‘Jimbaran Grilled Prawns’ boleh dinikmati bersama pelbagai pilihan lain termasuk ‘Deep-Fried Sea Bass with Sweet and Sour Sauce’, serta ‘Seafood Tom Yum Soup’ di Mutiara Seafood.
Hidangan ‘Jimbaran Grilled Prawns’ boleh dinikmati bersama pelbagai pilihan lain termasuk ‘Deep-Fried Sea Bass with Sweet and Sour Sauce’, serta ‘Seafood Tom Yum Soup’ di Mutiara Seafood. - Foto MUTIARA SEAFOOD

Bagi penggemar makanan laut, restoran Mutiara Seafood di Wisma Geylang Serai menawarkan set makan malam sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan.

Menu set direka untuk kumpulan kecil hingga besar, bermula daripada set untuk dua orang ($60++) sehingga hidangan untuk 10 orang ($400++).

Antara hidangan yang menjadi tumpuan ialah Signature Chilli Crab yang dimakan dengan mantou goreng.

Selain itu, terdapat juga Jimbaran Grilled Prawns yang diperap dengan rempah ala Bali, Deep-Fried Sea Bass with Sweet and Sour Sauce, serta Seafood Tom Yum Soup.

Set hidangan itu turut dilengkapi dengan pelbagai lauk sampingan seperti sayur tumis, nasi goreng bawang putih serta pencuci mulut seperti Mango Sago Pomelo atau jeli buah-buahan.

Gyusei Gyukatsu

Lebih banyak hidangan menarik boleh dinikmati di Gyusei Gyukatsu, termasuk ‘A5 Japanese Striploin Gyukatsu’ pada harga $59, yang disajikan bersama nasi, sup, telur ’onsen’, serta 10 jenis perasa berbeza untuk pengalaman menjamu selera yang unik.
Lebih banyak hidangan menarik boleh dinikmati di Gyusei Gyukatsu, termasuk ‘A5 Japanese Striploin Gyukatsu’ pada harga $59, yang disajikan bersama nasi, sup, telur ’onsen’, serta 10 jenis perasa berbeza untuk pengalaman menjamu selera yang unik. - Foto GYUSEI GYUKATSU

Penggemar masakan Jepun pula pasti tertarik dengan hidangan di Gyusei Gyukatsu Wagyu Steakhouse yang menawarkan pengalaman unik sebagai hidangan gyukatsu (potongan daging lembu bersalut serbuk roti Jepun digoreng rangup) halal pertama di Singapura.

Ia dihidangkan bersama pemanggang batu panas di meja, membolehkan pelanggan memasaknya mengikut tahap kemasakan (doneness) pilihan sendiri.

Restoran itu menggunakan daging A5 Wagyu dari Jepun, terkenal dengan tekstur lembut dan ‘marbling’ tinggi, selain pilihan daging premium dari Australia.

Hidangan itu turut disertakan dengan 10 jenis perasa seperti wasabi segar, yuzu kosho (pes cili Jepun bercampur kulit limau yuzu) dan ponzu lobak (sos sitrus Jepun dengan lobak), bagi menambah kepelbagaian rasa.

Antara menu popular termasuk A5 Japanese Ribeye Gyukatsu ($69) dan A5 Japanese Striploin Gyukatsu ($59), selain pilihan makanan laut tempura dan hidangan sayuran bagi pelanggan yang tidak memakan daging lembu.

Sebagai promosi khas, restoran di Clover Hotel di North Bridge Road itu menawarkan 60 gram A5 Sirloin Wagyukatsu percuma dengan setiap pesanan dua set gyukatsu sehingga 31 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg