Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

reviu

Pementasan ‘Potong’ kupas isu sensitif masyarakat

May 25, 2023 | 02:19 PM



PEMENTASAN Potong yang diarahkan oleh Mohd Fared Jainal baru-baru ini telah mengetengahkan beberapa isu yang sensitif dalam masyarakat.


Ia dipentaskan sempena Pesta Raya anjuran Esplanade baru-baru ini.

Apabila melangkah ke studio teater di pusat seni itu, saya terpegun dengan set reka pentas yang unik.

Pentas itu dibahagikan kepada beberapa ruang yang berbeza tanpa perlunya dinding dan bercantum dengan tangga lantas para pelakon dapat bergerak dengan bebas.

Mengisahkan seorang pemuda kacukan Melayu-Australia yang dilahirkan di negara kanggaru, Adam (lakonan Irsyad Dawood), yang dihantar pulang ke Singapura oleh ibunya untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS) selain melaksanakan apa yang dihajatkan oleh seorang ibu Muslim – berkhatan. Pementasan turut dijayakan oleh pelakon teater berpengalaman, Farah Ong, Jada dan penyanyi, Aisyah Aziz, sebagai doktor yang pakar menjalankan proses berkhatan.

Pementasan ini menyentuh tentang topik yang sensitif yang kian dibincangkan dalam kalangan masyarakat seperti proses berkhatan, kehidupan transjantina, keluarga pincang dan isu kematian – selaras dengan penilaian NC16 yang diberikan.

Topik-topik sensitif ini diketengahkan menerusi skrip dan jalan cerita yang agak melucukan.

Tetapi di sebalik semua itu, terdapat mesej utama yang ingin disampaikan iaitu tentang penyakit demensia dan bagaimana sesebuah keluarga itu dapat menerima dan meneruskan hidup. Keluarga Adam mempunyai sejarah penyakit demensia – sesuatu yang dialami ibu dan neneknya.

Kekuatan pementasan ini adalah dari segi kegunaan ruang dan babak-babak lakonan tidak hanya tertumpu di tengah pentas. Terdapat juga kesinambungan yang baik dari satu babak ke yang lain.

Kesan audio dan lampu neon juga membuat seperti pentas itu bercahaya dan bergemelapan.

Lakonan aktivis teater, Jada, sebagai Saleh atau Saleha, telah mewarnai pementasan ini. Beliau dapat membawa wataknya sebagai seorang transjantina yang melalui pelbagai cabaran – menjaga ibunya yang tidak dapat menerimanya dan anak saudaranya yang pulang ke Singapura.

Sebahagian besar pementasan ini dipersembahkan dalam bahasa Inggeris dan hanya 30 peratus dalam bahasa Melayu. Sarikata bagaimana pun tetap disediakan.

Namun, pementasan ini juga ada ruang untuk diperbaiki.

Kehadiran watak Dr Dini (Aisyah Aziz) rasa janggal dan seperti dihidupkan dalam naskah ini secara paksa. Jalan cerita tentang wataknya juga boleh dikembangkan supaya para penonton dapat memahami wataknya dan kaitannya dengan keluarga Adam dengan lebih baik.

Sejujurnya, saya rasa agak kekok jika para penonton menyaksikan pementasan ini dengan ibu bapa atau orang tua – walaupun topik demensia dan isu keluarga dibincangkan. Ini disebabkan bahasa yang digunakan agak kasar dan terdapat beberapa babak yang mungkin kurang selesa ditonton bersama keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >