Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pementasan teater singkap di sebalik pantang larang Melayu

Aug 02, 2023 | 04:49 PM



Sering kali timbul tegahan orang tua agar si kecil tidak boleh bermain berhampiran pintu luar pada waktu senja kerana kelak dia akan ternampak hantu.

Kerana pesanan itu, anak saudara aktivis teater, Encik Adi Jamaludin, pernah bertanyakan soalan ini kepadanya:

“Kita dilarang bermain di taman permainan pada waktu maghrib. Nanti hantu culik. Betul ke?”

Encik Adi, selaku pengarah, penerbit dan penulis skrip drama daripada Adi Concept memberikan jawapan bahawa kata-kata itu hanya untuk keselamatan mereka.

“Pertanyaan anak saudara saya mencetuskan idea bahawa terdapat jurang antara generasi muda dengan yang tua mengenai pantang larang sedemikian dan ia akan dianggap sebagai sesuatu yang tidak logik kepada mereka.

“Ramai kanak-kanak yang dijaga oleh nenek dan datuk mereka dan masih mendengar pantang larang orang Melayu.

“Maka itu, pementasan teater Kata Orang Tua-Tua dihasilkan dengan matlamat utama agar lebih ramai kanak-kanak dapat memahami sebab dan tujuan di sebalik pantang yang mereka dengar disebut oleh golongan yang lebih tua,” ujar Encik Adi, 41 tahun, yang telah berkecimpung dalam bidang seni selama lebih 15 tahun.


Menurut Encik Adi, skrip pementasan itu telah dihasilkan pada 2017 namun telah dikemas kini pada 2022.

Menerusi persembahan teater itu, Encik Adi berharap agar kanak-kanak dapat memahami bahawa orang dulu telah mencipta pantang larang demi keselamatan dan juga kebaikan orang ramai.

“Jika kita mendengar pantang larang ini, pada zahirnya ia tidak masuk akal. Tetapi dari aspek keselamatan, ia mengelak seseorang individu itu daripada melakukan sesuatu yang berbahaya atau mencederakan dirinya.

Pementasan teater itu mengisahkan dua watak cilik, Danial dan Puteri, yang tinggal besama datuk mereka buat sementara waktu dan tidak biasa hidup tanpa menonton televisyen, menggunakan Internet dan telefon bijak mereka.

Sebaliknya, datuk mereka tegas percaya bahawa seseorang itu harus meluangkan masa mengukuhkan hubungan keluarga dengan berkomunikasi secara bersemuka dan bukan bergantung kepada peranti teknologi.

Oleh kerana perselisihan faham, Danial dan Puteri memutuskan untuk meninggalkan rumah datuk mereka dan meneroka hutan, di mana mereka bertemu dengan kucing yang pandai bercakap, wanita misteri dan nenek kebayan.

Mereka pelajari kepentingan hubungan kekeluargaan dan rasional di sebalik kepercayaan tradisional yang berbeza semasa mencari jalan semula ke rumah datuk mereka.

Kata Orang Tua-Tua merupakan pementasan sejam dan diadakan di Playden, Arts House dari 3 hingga 5 Ogos. Tiket dijual pada harga $25. Lungsuri laman https://www.adiconceptsg.com/kata-orang-tua-tua.php untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >